“Sayang Mereka Semua Kerana Allah Taala,” – Johan As’ari Kongsi Momen Farid & Diana Tunai Umrah, Netizen Luah Rasa Seb4k

Tiada lagi persefahaman dan berlaku perbalahan berpanjangan, rumah tangga pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle kini dikatakan sedang retak menanti belah.

Usaha Farid yang dikatakan mahu menyelamatkan rumahnya tangganya telah ditolak oleh Diana yang bertegas mahu meneruskan proses penc3raian.

Terbaru, menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon, Johan As’ari ada berkongsi beberapa foto dan video sewaktu menunaikan umrah bersama Farid serta keluarganya baru-baru ini.

Menurut Johan, posting berkenaan dimuat naik sebagai tanda kenang-kenangan ketika di Tanah Suci, Mekah.

“Kenangan umrah ziarah bersama kekanda yang mulia Farid Kamil dan keluarga. Sayang mereka semua kerana Allah Ta’ala,” tulisnya.

Johan merupakan antara individu yang membantu Farid sekeluarga ketika menunaikan umrah.

Selain foto bersama keluarga, foto yang memperlihatkan Diana sedang memelvk Farid nyata menyentuh hati banyak pihak.

Menerusi entri yang sama, Johan turut memuat naik sebuah video yang memaparkan Farid sedang memanjatkan doa taubat ketika sedang mengerjakan ibadah tawaf.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johanarrif Arrif (@johanarrif_asari)


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga Farid dan Diana berdamai serta mempertahankan rumah tangga yang telah dibina sejak 11 tahun yang lalu.

“Sama-sama kita doakan yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan buat Farid Kamil dan Diana Danielle sekeluarga.

“Sebak pula tengok gambar-gambar dan video ini. Saya doakan Farid dan Diana dapat berbincang hati ke hati dan temui jalan untuk pulihkan rumah tangga demi anak-anak.

“Ya, Allah. Mengalir air mata ini. Semoga yang baik-baik sahaja buat Farid dan Diana. Ya Allah, satulahkan semula dan lembutkan hati mereka.

“Semoga kita semua dalam jagaan Allah. Moga terus kuat dan sabar dalam menghadapi ujian-ujiannya.

“Semoga pengakhiran yang baik-baik buat mereka,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan c3rai di mahkamah yang sama.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan c3rai terhadap Diana.

Malah, Farid turut mend4kwa k0nflik berpunca akibat orang ketiga, namun Diana menafikan dia curang.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Johan As’ari

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*