“Jangan ambil walau RM1” – Anak mengadu Volkswagen dil4nggar, ibu beremosi fikir nasib penunggang motor nak bayar ganti rugi

MESEJ suara di WhatsApp yang dihantar seorang ibu kepada anak lelakinya meraih perhatian netizen.

Farhan Kaswahadi, 24, memuat naik mesej tersebut yang memaparkan ibunya seb4k apabila dia memaklumkan bahawa kereta Volkswagen Scirocco miliknya mengalami kemal4ngan kecil.

Ketika dihubungi mStar, anak jati Terengganu ini menceritakan semula kisah yang berlaku di sebalik video TikTok itu yang tular baru-baru ini.

“Saya dalam perjalanan nak pergi Car Food Sahur untuk bersahur dekat Pantai Batu Buruk. Masa bagi signal nak masuk simpang, ada motor langgar dari belakang.

“Dia tak nampak saya mungkin sebab pakai maskot Mickey Mouse. Dia ‘hent4m’ lampu dan bumper kereta. Sikit saja ada kesan calar tapi lampu pecah.

“Selepas l4nggar dia tanya saya berapa kos ganti rugi. Saya beritahu anggaran RM800 untuk sepasang lampu,” ujarnya yang senang disapa Farhan.

Ins1den itu kemudian diceritakan kepada ibunya, Nor Hasimah Sulong, 47, menerusi perbualan di aplikasi WhatsApp.

Mendengar cerita Farhan, ibunya terus berasa sedih tetapi bukan kerana simpati terhadap anaknya sebaliknya kerana mengenangkan nasib malang penunggang motosikal tersebut yang mencari rezeki dengan memakai maskot.

“Lelaki tu lebih kurang 40an umur dia. Dia ada tunjuk duit seringgit (RM1) je banyak jadi saya fahamlah kalau tak boleh nak bayar ganti rugi sekarang. Dia ada minta nombor telefon saya.

“Saya pun ceritalah apa yang terjadi kepada ibu termasuklah fasal lelaki tunjuk duit RM1 tu. Ibu terus kasihankan dia dan tak bagi ambil duit. Ibu memang hati tisu mudah kasihankan orang.

Farhan dan ibunya.

“Saya pun dari kecil sampai besar tak pernah kena pvkul atau rotan dengan ibu. Dia selalu beri pesanan dengan suara lembut macam dalam video yang saya share tu,” ujar Farhan.

Menerusi mesej yang dihantar, dapat didengar suaranya yang seb4k dan dalam masa sama tegas menasihati Farhan supaya tidak mengambil wang ganti rugi daripada lelaki itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Jangan ambil duit orang tu ya. Dengar dia cakap nanti cukup duit pun ibu dah sedih dengar. Nak cukupkan RM200… (cari duit) pakai maskot bang.

Padahal nak cukupkan duit (ganti rugi) tu kita tak tahu makan dia macam mana. Kalau dah berkahwin, susu anak dia macam mana nak boleh cukup RM200.

Duit seringgit-seringgit tu pun punca mata pencarian dia. Nak cukupkan duit bagi kita, (nasib) anak dan isteri dia macam mana. Ni dah la nak raya, nak buka puasa. Tak payah ambillah, abang niat sedekah saja. Ingat pesan ibu,” demikian pesanan ibu kepada Farhan yang bercakap dalam dialek Kelantan

Berikutan kejadian, Farhan yang memiliki bisnes menjual dan baik pulih telefon di Kuala Terengganu menjelaskan bahawa dia tidak akan mengambil walau satu sen pun duit lelaki tersebut sekiranya dihubungi kelak.

Farhan merupakan anak jati Terengganu.

Malah, dia juga sudah menukar sendiri lampu baharu keretanya yang berharga RM800 sebagaimana dinyatakan sebelum ini.

Sehingga kini, hantaran tersebut meraih lebih 460,000 jumlah tontonan setelah disiarkan.

Rata-ratanya memuji ibu Farhan yang dikatakan bertimbang rasa dan mempunyai empati dengan nasib lelaki tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*