Pakaian terkena pengilat kuku habis terjual, Tomok lebih hati-hati bawa anak-anak ke mall

PAKAIAN yang terpaksa dibeli oleh penyanyi Tomok di sebuah butik pakaian berjenama akibat anaknya tertumpah pengilat kuku habis terjual hanya dalam tempoh sejam pada pagi Isnin.

Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 39, berkata, walaupun hasil jualan tidak sama seperti nilai yang dibayar iaitu RM5,593 namun dia tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya tidak menanggung kerugian tinggi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)


“Syukur Alhamdulillah… saya mula jualan pagi ini (Isnin) selepas buat video tentang harga. Dalam tempoh sejam habis terjual. Ada juga pengikut dari Johor yang membeli selain dalam kalangan kawan-kawan.

“Dapatlah semula pulangan RM3,000 lebih. Memanglah rugi sikit tapi tidaklah rasa terlalu berat sangat mengeluarkan duit malam tadi,” katanya ketika dihubungi mStar.

Tomok menerusi Instagram menawarkan diskaun daripada harga asal iaitu di antara RM250 hingga RM800 termasuk kos penghantaran.

bbs

Tomok akur dengan kesilapan yang dibuat daripada pihaknya.

“Saya ada empat helai seluar saiz daripada 30 hingga 33, harganya RM1,299 tapi saya nak jual dengan harga RM800 sehelai.

“Baju ni pula harganya RM499, saya nak jual dengan harga RM300 sehelai dan satu lagi baju harga asalnya RM449, saya nak jual dengan harga RM250,” ujarnya.

Dalam pada itu, Tomok berkata, dia tidak menyangka mendapat sokongan ramai rakan artis yang turut berkongsi semula video jualan tersebut di Instagram.

Tambahnya, kejadian yang berlaku itu dijadikan satu pengajaran supaya dia lebih berhati-hati ketika membawa anak ke pusat beli-belah.

“Mujurlah nilai semalam itu saya mampu bayar. Kalau di butik yang barangan berharga puluhan ribu, tak tahulah apa akan jadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)


“apa yang belaku jadi pengajaran buat saya supaya lebih berhati-hati. Dalam masa sama video yang saya kongsikan sebelum ini juga boleh jadi manfaat kepada ibu bapa lain,” ujarnya.

Pada malam Ahad, Tomok berkongsi kisah terpaksa membayar ganti rugi sebanyak sebanyak RM5,593 selepas anaknya tidak sengaja menumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di sebuah butik pakaian berjenama.

Kejadian tersebut berlaku ketika isterinya, Rahayu Abas masuk ke butik berkenaan untuk membeli seluar bersama anak-anak mereka.

tomok1 - 1

Rakan-rakan selebriti turut banyak membantu Tomok di Instagram.

Berkongsi pengalaman kejadian, kata Tomok dia dan isteri memang terkejut apalagi ketika itu butik berkenaan sudah mahu tamat tempoh operasi perniagaan.

Sementara itu anaknya Siti Khadijah pula tidak memberi sebarang reaksi bersalah selepas dimaklumkan tentang apa yang berlaku.

“Khadijah buat tak tahu je. Tetapi saya dah nasihatkan anak-anak supaya perkara begini tidak berlaku lagi.

“Ketika kejadian itu memang saya terkejut sebab butik pun dah nak tutup. Bayangkan saya perlu selesaikan masalah itu dalam tempoh singkat. Mujurlah kakitangan butik membantu memudahkan urusan,” jelasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*