Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!

KEBERADAAN sebuah kereta Perodua Bezza yang diparkir di bawah garaj rumahnya membuatkan seorang warga emas terpinga-pinga tentang siapakah pemilik kenderaan itu.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, lelaki berkenaan dilihat hanya menuding jari ke arah kenderaan berkenaan dengan raut wajah penuh tanda tanya.

Tanpa berselindung, anak lelaki warga emas berkenaan segera memberitahu bahawa Perodua Bezza itu adalah miliknya sambil menghulurkan kunci kereta.

“Kereta baharu abah,” kedengaran suara si anak kepada bapanya yang masih tidak faham tentang situasi berkenaan.

Berkongsi cerita kepada mStar, anak warga emas berkenaan iaitu Mohd Faizal Eshak berkata, ia merupakan kejutan untuk bapanya yang berusia 78 tahun pada 1 Ramadan lalu.

Lebih mesra disapa Faizal, dia berkata bapanya, Eshak Buyong sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk memiliki sebuah kereta baharu.

Faizal (tengah) bersama ibu bapanya di hadapan kereta baharu.

“Abah ada kereta Proton Wira yang sudah digunakan selama lebih 20 tahun. Kereta lama, jadi keadaan sudah tidak berapa elok macam kereta baharu tapi abah gagahkan juga.

“Saya berazam sejak Oktober tahun lepas nak belikan kereta untuk abah. Jika ikut queue (tempoh menunggu) dijangka pada Jun tahun ini.

“Tapi rezeki abah dapat cepat sebab ada pelanggan lain tak jadi nak beli. Alhamdulillah, nampaknya rezeki abah pada bulan Ramadan,” katanya kepada mStar.

Faizal (kanan) bersama keluarga dan ibu bapanya.

Mengenai kejutan yang dibuat di rumah ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, Faizal yang berusia 37 tahun berkata, bapanya mempunyai perwatakan yang ceria.

“Abah sebenarnya happy-go-lucky. Pada petang sebelum waktu buka puasa abah macam terkejut, siapa la yang parkir kereta kat garaj.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Macam tak puas hati sebab kereta lama dia pun parkir di luar garaj. Apabila saya dan isteri beritahu kereta tu sebenarnya untuk dia, memang abah terkejut.

“Abah memang teruja sangat sampaikan tak sempat bawa masuk beg plastik makanan yang dibelinya ke rumah, terus pergi test drive dulu,” ujar anak keempat daripada lima beradik itu,

Ibu (kiri) dan bapa Faizal meniti usia emas.

Sejak bersara daripada bekerja di sebuah kilang, bapanya yang dikenali sebagai Haji Ripin di Kampung Sungai Penchala banyak menggunakan kereta untuk ke masjid, pergi minum di kedai dan membeli barang-barang dapur.

Namun, Faizal yang mengusahakan bisnes produk madu berkata, Hari Raya kali ini lebih bermakna buat ibu bapanya kerana kereta baharu tersebut dapat digunakan untuk pergi menziarah teman-teman dan saudara-mara.

Hari Raya kali ini lebih bermakna kerana bapa Faizal boleh menggunakan kereta untuk pergi menziarah bersama ibunya.

“Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.

“Masa test drive hari tu, terkejut juga abah tekan paddle minyak bawa laju. Mungkin selama ni dia kena tekan paddle minyak lebih sebab pandu kereta lama.

“Jadi, saya pesan abah supaya kawal pemanduan dan tak perlu tekan paddle minyak kuat sangat. Kereta lama dan baharu tak sama. Semoga perjalanan abah sentiasa selamat,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*