Didakwa Perlekeh Individu Kejar ‘Work Life Balance’, Amelia Henderson Pertahan Janna Nick; “Tak Gelakkan Sesiapa, Dia Ketawa Kerana…”

Nama pelakon Janna Nick dan Amelia Henderson menjadi tular di laman Twitter susulan isu ‘work-life balance’ dibualkan mereka menerusi program Studio Sembang yang dikelolakan oleh Amelia.

Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 28, kemudiannya tampil mempertahankan Janna sekali gus menafikan dakwaan netizen kononnya pelakon itu memandang rendah golongan yang mementingkan keseimbangan dalam kehidupan dan pekerjaan.

Amelia menjelaskan, Janna, 28, tiada niat untuk mentertawakan golongan yang berusaha keras dalam pekerjaan, sebaliknya berasa lucu dengan kerja yang pernah dilakukannya untuk mencapai taraf kehidupan seimbang seperti hari ini.

“Janna tidak gelakkan sesiapa yang mahu capai keseimbangan dalam kehidupan.

“Dia ketawa kerana melihat semula kerja keras yang dilakukan sebelum ini untuk memiliki kehidupan dan pekerjaan yang stabil ketika ini,” ciap Amelia menerusi laman Twitter miliknya.

Dia juga menerima setiap pandangan ramai dengan positif dan turut bersetuju dengan setiap hal yang dikongsi Janna.

“Sebelum mempunyai ruang nak fikirkan keseimbangan dalam kehidupan dan kerja, anda perlu fikirkan dulu, bagaimana untuk meletakkan makanan di atas meja untuk diri sendiri dan keluarga. Dari situlah Janna muncul.

“Kita semua ada pendapat, terdapat orang yang tak kejar wang ringgit dalam hidup, itu semua okay sahaja.

“Namun episod kali ini tentang perjalanan hidup Janna. Saya setuju dengan apa yang dia cakap sebab merasakan ada juga orang di luar sana melakukan hal sama,” tulis Amelia lagi.

Terdahulu, menerusi video temu bual berkenaan, Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, berkongsikan kisahnya yang kini sudah mampu untuk mendapatkan ‘work life balance’ selepas bersusah payah berusaha untuk mencapai tahap hidup seperti sekarang.

“Saya sentiasa perasan generasi sekarang mahukan work life balance (ketawa).

“Maaf ya, saya ada hal itu apabila berusia 28 tahun selepas saya membeli dua rumah dan kereta.

“Bukan nak berlagak tetapi saya kini boleh relaks sedikit selepas memiliki beberapa hal dalam hidup,” kata Janna.

Janna juga memberitahu selagi impian hidup belum tercapai, selagi itu keseimbangan dalam hidup dan kerja tidak boleh digapai.

“Kalau tiada satu pun sasaran dalam hidup belum dicapai, jangan sesekali terfikir untuk memiliki keseimbangan tersebut.

“Paling tidak, mak ayah awak kaya dan kau boleh melakukannya, itu sahaja,” kongsi Janna dalam program berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*