Meriah perang lampu lip lap! Ingatkan ada harapan menang, sekali rumah jiran macam kelab malam… yang penting dua-dua masuk FYP

MEMANDANGKAN Aidilfitri bakal disambut tidak lama lagi, ramai yang mengambil peluang menghias rumah, dengan di bahagian luar akan dipasang lampu berwarna warni.

Pelita dan lampu kelip-kelip turut dipasang di pusat beli belah, pejabat dan jalan raya menjelang ketibaan Syawal.

Terbaharu, banyak video di media sosial menunjukkan bahang Aidilfitri mula dirasai apabila kebanyakan premis seolah-olah berlumba-lumba untuk membuat hiasan raya.

Bagaimanapun situasi ini turut berlaku dalam kalangan jiran tetangga yang mana rumah mereka terang benderang seperti ada pertandingan lampu.

Dalam satu video yang disiarkan di akaun @oby.max di TikTok, dia menunjukkan bahagian hadapan rumahnya yang dihiasi dengan lampu ‘lip lap’.

Namun, dia kemudian mengalihkan lensa kamera ke arah rumah jiran sebelah yang jauh lebih ‘meriah’ dan terang benderang tak ubah seperti suasana kelab malam.

“Alhamdulillah, saya sangka rumah saya yang paling cantik dengan lampu kelip-kelip ini, rupa-rupanya orang sebelah nak lawan (bertanding).

“Lampu apa yang mereka pakai? Nampak macam kelab malam! Saya sangka saya sudah menang, mereka pun mahu menang juga!” katanya dalam video tersebut.

Tidak lama selepas itu, satu lagi video muncul di media sosial, kali ini dari rumah jirannya.

Dalam video tersebut pula, @Iejamurad menunjukkan suasana di rumah mereka yang meriah dengan cahaya lampu rona biru dan ungu yang berkelipan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Ieja kemudian mengalihkan lensa kamera menunjukkan lampu yang dipasang di rumah jirannya, seperti mana dikongsi oleh @oby.max sebelum itu.

“Apabila anda tidak mahu kalah dengan jiran,” dia menulis di ruangan kapsyen.

Perkongsian kedua-dua video tersebut yang seolah-olah ‘berperang’ meraih perhatian netizen yang terhibur dengan keletah mereka.

Malah, ada sesetengah pelayar memaklumkan bahawa kedudukan dua video itu berada berdekatan iaitu di atas dan di bawah pada halaman ‘For You’ platform TikTok.

Lebih mencuit hati apabila netizen seolah-olah ‘mengapi-apikan’ mereka dengan memberikan komen secara berseloroh.

“Saya datang dari video jiran sebelah. Memang dia tak nak kalah bang.

“Aku lagi suka perang lampu lip lap ni daripada perang mercun.

Komen netizen di TikTok.

“Lampu kuasa petir tu,” komen netizen yang terhibur dengan perkongsian mereka.

Sementara itu, rata-rata warganet memuji tindakan mereka dan menganggap ia sebagai satu persaingan sihat.

Dalam masa sama, amalan seperti ini juga dapat memeriahkan lagi suasana sambutan Aidilfiri, tidak kira sama ada di bandar atau desa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*