Berderau darah Lan Solo dapat berita telinga anak lelaki koyak, jatuh terkena bucu kabinet televisyen

ANAK lelaki kepada penyanyi Lan Solo iaitu Mohamad Akid Qassyaff dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada malam Sabtu selepas telinga kirinya koyak akibat terkena bucu kabinet televisyen di rumah mereka.

Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusof, 38, berkata, ketika kejadian dia sedang sibuk berniaga di Starvendors KLCC Mega Raya 2023 sebelum mendapat panggilan telefon daripada anak perempuannya memaklumkan insiden tersebut.

“Alahai anak, dah nak dekat raya ni abang! Biasanya budak-budak dekat-dekat nak raya ni kalau ke hospital sebab main bunga api atau mercun.

Telinga anak Lan Solo koyak.

“Ini tak, kes lompat-lompat nak terkam apa entah dalam biik. Telinga terkena bucu kabinet televisyen.

“Allahuakbar, berderau darah daddy dan mommy dapat tahu bila kakak WhatsApp. Daddy mommy tinggalkan sekejap sahaja sebab pergi berniaga, tapi itulah benda nak jadi… Allah nak bagi ujian dalam bulan baik ini,” katanya.

Lan berkongsi mengenai insiden itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan keadaan anaknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LAN SOLO • KRISTALx (@lansolo_official)


Dalam pada itu, Lan berkata, dia bersyukur kerana kecederaan Akid tidak parah namun sebagai bapa dia tetap bimbang dengan keadaan anak lelaki tunggalnya itu.

Kata Lan, ini bukan kejadian pertama menimpa Akid kerana sebelum ini sudah beberapa kali kanak-kanak itu mengalami kecederaan.

“Alhamdulillah tidak teruk sangat luka dekat bahagian telinga itu tapi biasalah, mak ayah kan, faham sahaja.

Lan Solo bersama anak-anak dan isteri.

“Sebelum ini dahi kiri, lepas itu belah kanan pula koyak… kali ketiga ini dekat telinga. Akid oh Akid,” kongsinya.

Untuk rekod, Lan dan Nur Sheila Hassim mendirikan rumah tangga pada Disember 2009 dan pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 10, Nur Amna Qeesyara, 9, Mohamad Akid Qassyaff, 8, dan Nur Amna Quzandra, 5.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*