Surat hutang Mara kejutkan keluarga! ‘Kejar’ arwah bapa sebab jadi penjamin, peminjam 1 sen pun tak pernah bayar

BAGAI melepaskan anjing tersepit!

Begitulah peribahasa sesuai bagi menggambarkan situasi sedang dialami oleh keluarga pemuda ini yang berdepan tindakan undang-undang gara-gara sikap culas kenalan mereka melunaskan hutang.

Menurut pemuda berkenaan, dia sama sekali tidak menyangka niat baik arwah bapa membantu seorang rakan akhirnya menyebabkan mereka sekeluarga terjebak dalam masalah yang dicipta oleh orang lain.

Berkongsi luahan melalui satu kiriman mesej kepada akaun Twitter personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya, lelaki itu berkata, arwah bapanya menjadi penjamin untuk pinjaman pelajaran anak kepada seorang rakan.

“Masa arwah ayah hidup, dia ada jadi penjamin kepada anak kawan dia untuk pinjaman Mara (Majlis Amanah Rakyat).

graduan 1

Pengadu memaklumkan dia sudah menghubungi peminjam namun tiada maklum balas. Gambar hiasan.

“Tapi si peminjam ni rupanya tak pernah bayar langsung pinjaman tersebut. Nama arwah ayah hampir kena senarai hitam empat tahun lepas dengan Mara. Jadinya arwah ayah dah bayarkan sikit,” luahnya.

Namun tanpa diduga, masalah menjadi semakin rumit apabila mereka menerima sepucuk surat daripada pihak pemberi pinjaman mengatakan terdapat tunggakan pinjaman yang masih belum dilunaskan.

“Baru-baru ni ada lagi surat Mara sampai, tunggakan sampai hampir RM30,000. Di situ Mara dah nyatakan akan ambil tindakan undang-undang.

“Saya dah contact si peminjam ni tapi no response. Orang cakap incase penjamin dah tak ada, ia akan jatuh kepada family saya. Sedangkan kita orang tak buat hutang dan hal, jadi penjamin tu pun kitaorang baru tahu.

“Apa patut tindakan yang kami buat supaya masalah ini selesai,” luahnya lagi sambil meminta pandangan warga maya.

Hanya jadi penjamin jika anda ada kemampuan untuk membayar balik. Tak kisah peminjam keluarga terdekat pun.

NETIZEN

Luahan lelaki berkenaan mengundang perhatian netizen dengan rata-ratanya meluahkan rasa simpati dengan apa yang menimpa keluarganya.

Namun, ramai antara mereka memberi pelbagai cadangan untuk pemuda berkenaan menyelesaikan masalah yang membelenggu keluarganya.

“Mula-mula pergi ke pejabat Mara, bawa sijil kem4tian ayah untuk update rekod yang penjamin dah meninggal. Dapatkan salinan perjanjian dan penyata akaun juga. Kemudian tanya Mara apa tindakan yang dah diambil terhadap peminjam.

komen mara

Antara cadangan yang disuarakan warga maya menerusi ruangan komen.

“Pergi ibu pejabat Mara, bawa sijil kem4tian untuk mereka update. Bagi segala info terkini peminjam. Penjamin dah meninggal, keluarga tak terlibat untuk bayar balik cuma akan sentiasa dapat notis peringatan dan notis blacklist tapi tindakan lain tak diambil sebab penjamin dah tak ada.

“Hanya jadi penjamin jika anda ada kemampuan untuk membayar balik. Tak kisah peminjam keluarga terdekat pun. Untuk anon (pengadu), pergi jabatan bantuan guaman untuk nasihat. Ini melibatkan pengurusan aset arwah,” demikian antara komen netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*