“You Tak Malu Kan Terbawa I Masuk Televisyen?” – Watie

Umum mengetahui, minggu lalu Shuib Sepahtu dan tunangnya, Watie Hanifiah dijemput sebagai tetamu dalam program MeleTOP serta menjadi perhatian ramai.

Malah, tular di TikTok memaparkan gelagat Watie yang kelihatan gugup ketika bercakap menggunakan mikrofon di program  tersebut.

Menerusi Instagram, Watie dilihat ada memuat naik semula momen tersebut serta menyatakan rancangan tersebut adalah momen manis mereka berdua dan akan disimpan sebagai kenangan.

VIDEO;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

“Simpan sini buat kenangan. Banyak benda sebenarnya pertama kali dengan encik tunang ni sebab tu tahap gabra tu kadang tak boleh nak bawak bincang dah.

“Dan bila scroll punya scroll telefon masing-masing, rupanya ni juga video pertama yang kami berdua ada untuk moment berdua sweet-sweet macam ini,” tulisnya.

Perkongsian Watie itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecantikan usahawan itu serta tidak sangka tunang Shuib itu seorang yang pemalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://www.rotikaya.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*