“I’m not okay” – Nelydia Senrose

PELAKON Nelydia Senrose memberi gambaran dia kini sedang berada dalam keadaan yang tidak baik.

Nelydia atau Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 29, juga berkongsi dia sedang dalam perjalanan ke sebuah destinasi yang tidak maklumkan bagi memperbaiki hatinya yang sedang hancur.

“Membaiki kepingan hati yang hancur. I’m not okay, but it’s okay. (Saya tidak okay, tetapi tidak mengapa),” katanya.

nelydia2 - 1

Perkongsian Nelydia di Instastory.

Nelydia berkongsi mengenai perkara itu menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Nelydia memberitahu dia ditemani oleh adik lelakinya dan menunjukkan dia sedang berada di dalam pesawat sambil menikm4ti hidangan dalam penerbangan.

Nelydia yang mengenakan pakaian serba hitam dilihat menaiki penerbangan kelas perniagaan bagi memujuk hatinya yang sedang lara.

Bagaimanapun tidak dijelaskan secara terperinci sebab dan punca dia membuat luahan sedih itu.

Sebelum ini, Nelydia membuat kejutan apabila kembali tampil dengan imej berhijab dan berharap akan kekal istiqamah dengan imejnya sekarang.

Untuk rekod, Nelydia mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan iaitu Mohd Hafez Halimi pada 6 April 2019 namun mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*