‘Salah ke saya bercinta dengan suami orang?’ – Gadis minta pendapat netizen

Semalam tular di media sosial perkongsian seorang wanita yang meminta pendapat daripada netizen apakah wajar dia dia berkawan dengan suami orang, mengundang banyak reaksi netizen.

Difahamkan, wanita berkenaan telah menjalinkan hubungan dengan lelaki berstatus suami orang itu dan dijangka akan berkahwin tidak lama lagi.

Pernah terlintas di fikirannya untuk menamatkan hubungan tersebut, tetapi disebabkan hati masih sayang dan begitu juga dengan si dia, menyebabkan mereka berdua masih mempertahankan hubungan itu.

“Saya sedar saya berkawan dengan suami orang. Apa patut saya buat? Korang boleh bagi pendapat tak? Saya sayang dia,” katanya.

Bagi wanita berkenaan, tiada salahnya dia bercinta dengan suami orang kerana sudah suka sama suka. Tetapi sekiranya sudah berkahwin, dia bagaimanapun tidak sanggup berdepan dengan madunya.

“Salah ke saya bercinta dengan suami orang? Tapi saya tak sanggup tengok wajah isteri dia. Dia pun tak nak melepaskan saya.

“Hmmm… kami dah nak kahwin tahun depan. Apa saya patut buat? Apa yang terbaik, tolong saya,” katanya pada gambar yang tular tersebut.

Di ruangan komen, netizen menasihatkan dia untuk menggesa lelaki itu memberitahu hal sebenar kepada isterinya sebelum meneruskan niat untuk berkahwin kali kedua.

“Pertama, kalau si suami tak berani beritahu isteri tu nak kahwin nombor dua, maka itu bermakna dia tak mampu.

“Kedua, kalau betul-betul nak berpoligami, buat cara betul dengan menikahi wanita itu. Har4m buat main-main sahaja, pastu tak jadi.

“Ketiga, poligami adalah halal. Hati-hati dalam nak mengec4m, takut silap kec4m hingga mempertikaikan hukvm yang Allah SWT benarkan. Silap-silap jtuh murt4d.

“Keempat, dalam perhubungan percintaan ini, ikutlah hukvm agama, bukannya mengikut n4fsu,” komen Narapati Nantaboga.

“Belakang isteri pun boleh cur4ng dik, nanti dia kahwin dengan hang pun cur4ng juga. Sebelum buat sesuatu, fikirlah dulu dik. Takut kirafah berbalik pada awak je,” kata Iman Nuralia Fatin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://thereporter.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*