Sakan bergelek dengan Baby Shima, netizen tanya mana hilangnya taubat Aliff Syukri

BAGAIKAN tak pernah serik, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mengundang kecaman netizen apabila memuat naik video bergelek bersama penyanyi Baby Shima.

Netizen bagaimanapun kembali mengingatkan Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, tentang luahannya sebelum ini yang mahu bertaubat dan mula berfikir tentang kem4tian.

Malah ada juga yang meluahkan rasa kesal dan kasihan terhadap isteri Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahida yang sering terkena tempias gara-gara perbuatan suaminya itu.

Isteri Aliff turut terkena tempias kecaman.

“Hari itu macam menyesal, fikir nak m4ti. Sekarang tak jadi m4ti ke macam mana ni?

“Datuk ni tak ingat-ingat lagi bertaubat. Jadilah usahawan yang terbaik. Tak kesian ke kepada isteri dan maruah anak-anak nanti diejek kawan-kawan sekolah.

“Bila sakit minta maaf cakap nak taubat. Dah sihat jadi macam ini pula. Hilang dah taubatnya,” komen netizen.

VIDEO;

Dalam masa sama sesetengah pihak merasakan sudah mula benci dengan kontroversi yang sengaja dicipta oleh Aliff untuk meraih perhatian ramai.

Aliff dan Shima sebelum ini pernah dikatakan bermasam muka namun kembali berbaik dan tampil dalam sebuah lagu bersama.

aliff syukri 3

Aliff sebelum ini pernah meluahkan rasa takut dengan kem4tian.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya itu Aliff memberitahu dia dan Shima sekali lagi akan berkolaborasi dan bertanyakan pendapat peminat tentang kerjasama mereka.

“Ada yang nak kami bergabung buat lagu baru? Ada yang tak sabar?” tulisnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*