Netizen pelik, 2 lelaki Singapura tidak dikenakan tindakan, sedangkan peraturan dah ada

Semalam polis mengesahkan dua lelaki Singapura yang bergaduh dengan seorang lelaki tempatan berhubung tindakan mereka mengisi minyak dalam tong, hanya kerana timbul perselisihan faham sahaja.

Siasatan awal mendapati dua lelaki itu mengisi minyak dalam tong yang dibawa hanya untuk kegunaan Go-Kart sahaja.

Polis juga memaklumkan pengadu iaitu penghantar makanan berkenaan telah menarik balik laporan polis kerana tidak berminat untuk meneruskan kes.

Bagaimanapun hari ini, mangsa tampil mendakwa akaun perkhidmatannya telah digantung hanya kerana pihak Grab mendapat aduan dari orang awam yang mendakwa dia mengeluarkan pemutar skru dalam kejadian tersebut.

Mangsa penganiayaan dua lelaki Singapura itu menegaskan dia tidak bersalah dan minta pihak Grab menyemak video kamera litar tertutup (CCTV) terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan terhadapnya.

Sementara itu di media sosial, netizen turut tampil mempertahankan mangsa dengan menunjukkan bukti bahawa terdapat larangan yang mengatakan warga asing tidak dibenarkan mengisi minyak dalam tong.

Netizen meminta syarikat penghantar makanan itu menarik balik penggantungan akaun mangsa kerana tindakan itu dilihat tidak adil dan hanya menyebelahi dua lelaki Singapura itu yang turut mengambil senjata berupakan pengunci stereng untuk menyerang mangsa.

Sumber: Twitter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://thereporter.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*