Gadis ‘update’ terbabit kemalangan selepas mengaku teguk air har4m ketika live dalam kereta, hargai netizen sudi nasihat

SEAKAN-akan sengaja meminta kecaman!

Demikian perkataan yang sesuai bagi menggambarkan tindakan seorang gadis yang membuat siaran langsung di aplikasi TikTok sambil meneguk minuman dalam tin dipercayai mengandungi alkohol, ketika berada di dalam kereta.

Apa yang mengejutkan, gadis tersebut memakai tudung sekali gus membuatkan dirinya dikecam hebat warga maya kerana seolah-olah memburukkan imej sebagai seorang wanita beragama Islam.

Menerusi video yang tular di laman sosial itu, wanita ini dilihat meneguk minuman ‘Apple Cider’ yang kandungannya dipercayai mengandungi alkohol dalam jumlah yang rendah.

Bagaimanapun menerusi carian di internet, minuman berkenaan diklasifikasikan sebagai tidak halal.

Wanita berkenaan juga kelihatan berada dalam keadaan yang tidak begitu sihat atau sedikit khayal malah dia turut mengakui sedang berdepan dengan masalah.

“Saya dah macam mental breakdown,” ujarnya dalam video yang dimuat naik di laman Twitter @mynewshub, namun tidak memperincikan masalah yang sedang dihadapinya.

Ketika membaca komen-komen daripada siaran live itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada warga maya yang menasihatinya.

“Ya haram, akak tahu dik. Terima kasih untuk nasihat ya,” katanya lagi.

Namun majoriti warga maya mempersoalkan tindakan wanita tersebut yang tidak segan silu atau rasa bersalah menyiarkan kelakuan tidak elok itu secara langsung.

Sementara itu dalam video berasingan yang juga dimuat naik oleh laman Twitter yang sama, wanita tersebut sempat memaklumkan dirinya kemalangan dan kemudian menghentikan siaran langsungnya.

“Oh sh**… kejap guys I accident,” ujarnya ringkas namun tidak dapat dipastikan situasi sebenar yang dialami wanita tersebut selepas siaran langsungnya tamat.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam perbuatannya kerana mempertontonkan aksi buruk untuk tatapan umum.

Mereka turut menasihatkan wanita berkenaan supaya tidak bertindak di luar batasan meskipun sedang dilanda masalah.

“Makin hari makin tercipta orang tak masuk akal macam ni.

“Parah betul umat zaman sekarang… buat maksiat pun nak bagitau dan tunjuk kat semua orang.

“Memang sekarang wajib bukak aib bagi satu planet tengok ke, malu weh, internet takkan lupa, lagikan Tuhan,” demikian antara komen warga maya.

Untuk makluman bersama, minuman beralkohol adalah malah syariat Islam dengan tegas menegah dan mengharamkan perbuatan minum arak yang memabukkan kerana lebih banyak mendatangkan kemudaratan dan kesan buruk dalam kehidupan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*