[VIDEO] Berkerut Muka Emma Maembong Tengok Adik Beradik Rebvt Anak Kedua

Peminat terhibur melihat gelagat dua adik beradik kepada pelakon Emma Maembong iaitu Chacha dan Coddy yang berebut untuk mendukung anak keduanya, Shakil Aryan.

Dalam video di TikTok itu, kelihatan Coddy menghampiri Chacha yang memangku Shakil Aryan.

TikTok

Apa yang menghiburkan adalah apabila mereka berdua terpaksa berlawan permainan ‘osom tangan’ untuk melihat siapa yang layak mendukung bayi comel berusia dua bulan itu.

Meskipun Coddy berjaya mengambil Shakil Aryan daripada Chacha, namun masih kelihatan adegan ‘pergelutan’ antara mereka.

Sementara itu, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 31, sempat menunjukkan reaksi muka berkerut melihat gelagat adik beradiknya.

VIDEO;

@coddy_maembong

Salam Raya Aidilladha semua.. #fyp #maembonggirls #maembongfamily #chachamaembong #bebymaembong #emmamaembong

♬ original sound – coddy_maembong – coddy_maembong

Bertambah lucu lagi, apabila Emma sempat berseloroh mengatakan Chacha dan Coddy perlu melahirkan anak sendiri.

KOMEN NETIZEN;

Sumber: OHBulan / https://b.cari.com.my/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*