Pernah dipuji, ‘orang kanan’ Ebit Lew ucap selamat tinggal… Apa sudah jadi?

PERSONALITI dakwah, Ebit Lew tidak pernah lekang dengan kontroversi.

Jika tidak mengenai diri beliau, orang di sekelilingnya ada juga yang terkena tempias.

Terbaharu, seorang lelaki yang didakwa merupakan salah seorang daripada ‘orang kanan’ Ebit membuat perkongsian di laman Instagram Story mengenai Ebit.

Good bye Ebit Lew (Selamat tinggal Ebit Lew),” tulisnya menerusi story tersebut sekali gus menimbulkan banyak tanda tanya.

Dalam story yang berasingan, lelaki berkenaan memaklumkan sesuatu mengenai keluarganya.

You have touched my family. Now you regret it (Anda telah ‘menyentuh’ keluarga saya. Sekarang anda menyesal),” katanya tanpa merujuk kepada mana-mana individu dan apakah yang telah dilakukan oleh pihak berkenaan.

Salah satu hantaran yang dimuat naik oleh Ajai.

Dalam pada itu hantaran penyanyi Rap, Caprice di laman Instagram pada pagi Jumaat turut menyebut mengenai ‘orang kanan’ Ebit Lew.

“Salam brother Ajai antara orang kanan / orang kuat Ustaz Ebit Lew. Alhamdulillah… selepas dua tahun.

“Doa orang yang dianiaya is finally coming out. I am very proud of you bro for being this brave. Tolong pesan kat @ebitlew yang bodyguard dia tu tak berani buat apa-apa kat Cap.

“Jadi, lebih baik kita semua jumpa depan-depan once and for all. See you all soon, insyaAllah,” tulis Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli yang sering membuat teguran terhadap Ebit.

Susulan itu, Ajai turut memberi respons terhadap hantaran Caprice.

“Kita semuanya sama, semuanya pend0sa. Urusan saya dan EL (Ebit Lew) biar kami adik-beradik selesai sendiri. Thanks for your concern bro,” tulis Ajai di story di Instagramnya.

Respons Ajai terhadap perkongsian Caprice.

Berdasarkan perkongsian Ajai di laman sosial sebelum ini, dia banyak memuat naik gambar dan videonya sepanjang penglibatannya bersama Ebit.

Malah, Ebit sendiri pernah memuji mengenai kepakarannya dalam menjalankan tugas.

“Ajai ini pakar mengatur strategi dan team semuanya. Dua bulan bersama masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), tapi terasa macam dah lama bersaudara.

“Cepat je bab cari rumah, tempat dan alamat,” tulis Ebit menerusi satu ciapan di laman Twitter.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*