Ada kisah di sebalik Anuar Zain hilang 10 tahun, karier di awan biru banyak ajar erti kesabaran

MEMULAKAN kerjaya nyanyian seawal usia 13 tahun, penyanyi Anuar Zain mendedahkan dia ada sebab tersendiri meninggalkan bidang seni selama 10 tahun dengan memilih meneruskan karier sebagai pramugara pada era 1990-an.

Anuar atau Shahrul Anuar Zain, 53, berkata, tanggapan pelbagai pihak tentang perjalanan karier penyanyi lelaki ketika itu yang tidak dapat bertahan lama membuatkan dia berfikir dua kali dan memilih karier lebih stabil.

“Masa saya kecil macam-macam perkara yang perlu saya lakukan sebagai penyanyi dan ada di antaranya membuatkan saya kurang selesa.

“Atas sebab itu juga saya pernah terfikir untuk tidak mahu meneruskan karier sebagai penyanyi… apatah lagi mendengar cakap-cakap tentang penyanyi lelaki sukar bertahan lama.

anuar1 - 1

Anuar memulakan kerjaya menyanyi sejak kecil.

“Disebabkan itu saya lupakan cinta terhadap bidang nyanyian buat sementara dan beri tumpuan kepada kerjaya sebagai pramugara selama 10 tahun,” katanya kepada mStar.

Selepas menghilangkan diri selama 10 tahun, Anuar kembali dengan album solo bersama syarikat rakaman Warner Music pada tahun 1998 berjudul Anuar.

Single pertama daripada album berkenaan berjudul Bila Resah berjaya melonjakkan kembali nama Anuar sehingga menjadikan dia salah seorang penyanyi lelaki disegani.

Dalam pada itu, Anuar memberitahu dia tidak pernah menyangka karier muziknya bertahan sehingga ke hari ini dan menganggap tugas di awan biru banyak mengajar dia tentang pelbagai aspek profesional dan peribadi.

Anuar turut menyifatkan 10 tahun bergelar pramugara adalah latihan memupuk kesabaran dalam diri bagi berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan sebagai anak seni.

“Banyak cabaran saya lalui sepanjang bergelar pramugara. Rupa-rupanya Allah nak beri saya latihan menjadi seorang penyabar dan cekal sebelum kembali sebagai penyanyi.

Masa saya kecil macam-macam perkara yang perlu saya lakukan sebagai penyanyi dan ada di antaranya membuatkan saya kurang selesa.

ANUAR ZAIN

PENYANYI

“Mujurlah saya seorang penyabar dan sentiasa mahu berikan perkhidmatan terbaik untuk penumpang. Banyak kenangan manis dilalui sepanjang menjadi pramugara.

“Malah saya sendiri tak sangka akan mengadakan konsert solo bersempena 40 tahun penglibatan sebagai anak seni. Semuanya yang berlaku adalah ketentuan Allah,” jelasnya.

Anuar bakal tampil dengan konsert Ulang Tahun 40 Anuar Zain (AZ40) bagi meraikan pembabitannya dalam dunia seni.

anuar2 - 1

Konsert Ulang Tahun 40 Tahun Anuar Zain diadakan Oktober ini.

Teruja menantikan tarikh 28 Oktober 2023, Anuar menganggap konsert solo tersebut sebagai satu penghargaan buat peminat yang tidak jemu menyokong kariernya.

“Perancangan konsert ini dibuat sejak tahun lalu selepas mendapat banyak permintaan peminat. Persembahan istimewa ini adalah tanda penghargaan buat peminat yang menjadi tulang belakang karier saya,” jelasnya.

Konsert AZ40 dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam dan tiket akan mula dijual di www.jiotix.asia bermula 12 Julai ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*