“Dia seorang je, bukan perempuan lain” – Netizen wanita tak mengaku geng, terhibur tengok akak Alza sumbat semua nozel dalam tangki

RAMAI individu yang memiliki lesen kenderaan hanya tahu memandu semata-mata, namun mereka kurang arif tentang hal teknikal sesebuah kereta.

Terbaharu, video memaparkan seorang perempuan yang berdepan kesukaran ketika mengisi petrol di sebuah stesen minyak tular di media sosial.

Menerusi video itu, wanita tersebut dilihat sedang mengisi minyak RON95 sebelum dia mengembalikan nozel berwarna kuning ke tapak pam.

VIDEO;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Dia kemudiannya dilihat mengambil nozel berwarna hijau dan cuba mengisi RON97 ke dalam tangki keretanya.

Pada masa yang sama, nozel hitam untuk diesel dilihat terbiar di atas lantai sebelum nozel RON95 turut terjatuh ke bawah.

“Apabila perempuan isi minyak. Semua nozel dia angkat,” tulis pemilik video yang dikenali sebagai Iwan Bulat.

Sekolah memandu kena tambah silibus baharu… cara-cara isi minyak.

NETIZEN

Video melibatkan pemandu Perodua Alza biru itu sehingga kini meraih hampir 200,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, ramai individu meluahkan rasa terhibur, tak kurang juga yang membuat komen sinis terhadap kaum Hawa kerana ‘kejahilan’ mereka dalam bab kereta.

“Dia campur semua sekali sikit-sikit. Baru datang power.

Sorry ya. Tak semua perempuan macam tu. Dia seorang je, bukan perempuan-perempuan lain.

“Aku yang perempuan tengok ni pun mengucap.

“Sekolah memandu kena tambah silibus baharu… cara-cara isi minyak. Ya Allah apa susah sangat nak isi minyak tu,” tulis beberapa netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*