[VIDEO] Netizen terkejut, tak sangka Zain Saidin jual baju Che Ta serendah RM5!

Kemunculan kelibat aktor kacukan Melayu-Inggeris, Zain Saidin yang juga suami kepada aktres jelita, Rozita Che Wan di car boot saledi Kota Damansara hari ini membuatkan ramai terkejut dan tidak menyangka.

Zain Saidin jual baju Che Ta semua RM5!

Mana tidaknya, Zain atau nama penuhnya Mohamad Zain Mohd Saidin dilihat menjual dan membuat lelongan semua baju terpakai milik isterinya di hadapan kereta dalam keadaan longgok.

Apa yang membuatkan orang ramai, terutama warganet terkejut adalah aktor berusia 39 tahun itu menjual pada harga yang tidak masuk akal iaitu serendah RM5 sahaja.

Dalam pada itu, video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @fybaharuddin sempat berseloroh dalam coretan kapsyen hantarannya.

“Suami jual baju isteri,”selorohnya berserta emoji ketawa.

VIDEO;

@fybaharuddin

Suami jual baju isteri🤣 #carboot #preloved #carbootsale #barangpreloved #carbootkotadamansara

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Seriuslah dia jual baju bini dia?

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet seakan masih tidak percaya melihat pelakon siri hiburan pendidikan Oh My English! menjual pakaian milik isterinya secara lelong.

Kena tidur kat luarlah nanti!

Tidak kurang juga ada yang melawak kerana tidak dapat membayangkan nasib Zain Saidin sekiranya diketahui oleh isterinya.

Jual murah pun tak boleh beli

Tidak kurang juga ada yang berpendapat mereka berkemungkinan tidak dapat membeli meskipun dijual pada harga murah jika hendak dibandingkan dengan tubuh badan jelitawan berusia 50 tahun itu.

Sumber: TikTok @fybaharuddin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://ohmymedia.cc/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*