Yusuf Gibran nama pilihan Farah Nabilah dan suami buat bayi kedua

GENAP tujuh hari selepas melahirkan anak kedua, pelakon Farah Nabilah akhirnya mendedahkan jantina dan nama bayinya menerusi Instagram pada Selasa.

Farah atau Farah Nabilah Saipuddin, 31, dan suami sepakat memilih nama Yusuf Gibran Mohamed Amirul buat putera keduanya itu.

“Assalamualaikum. Hari ini hari ketujuh. Yusuf Gibran Mohamed Amirul, 26 Julai 2023,” tulisnya.

FN 1

Anak sulung Farah teruja bertemu dengan adiknya.

Bagaimanapun aktres itu masih belum bersedia berkongsi wajah Yusuf buat tatapan umum.

Dalam pada itu, Farah berharap orang ramai mendoakan agar anaknya agar menjadi insan yang soleh dan sentiasa dibawah lindungan Allah SWT.

“Terima kasih atas doa semua, semoga Yusuf Gibran menjadi anak soleh, anak yang mempunyai adab dan akhlak seperti Rasulullah SAW dan dilindungi dari segala kejahatan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial)

Untuk rekod, Farah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang Mohammed Amirul Yunus, 32, pada 20 Disember 2019.

Pasangan itu turut mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu Andre Omar yang kini berusia tiga tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*