Isu melibatkan dua orang pelawak wanita senior, Enot dan juga Didie Alias nampaknya belum berkesudahan apabila masing-masing saling berbalas kenyataan di media.
Terbaru, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah telah mempertanyakan semula dakwaan yang dia sudah ‘bersuamikan’ seorang pengkid seperti dakwaan sesetengah pihak terhadapnya.
Masih tahu hukvm agama
Dia juga menegaskan masih tahu hukvm agama dan sama sekali tidak memaafkan insan yang mem4ki hamun dengan mempermainkan nama arwah ibunya.
“LILAHITAALA atas nama mak aku,aku tak pernah mngeluarkan statement berkahwin? Dan tok kadi mane plak yg bole nikah kan aku tu? Aku masih tau hukvm agama! Jgn nak hukvm aku mcm aku org kap!r plak ye x tau apa2! Yg mem4ki hamun aku dlm dm dan mempermainkan nama arwah mak aku ingat aku x maafkan ko smpai bila2! d0sa aku dengan Allah aku bole mintak ampun tapi d0sa korg dgn aku?” tulisnya.
Dia juga memilih untuk berdiam diri kerana takut akan bercakap mengenai aib orang lain tanpa sedar serta ‘berterima kasih’ kepada semua yang memaki hamun tanpa mengetahui cerita sebenar daripadanya.
Terdahulu, Enot telah mengeluarkan kenyataan di TikTok miliknya iaitu enot7812 yang seakan menjawab luahan yang dibuat rakan pelawak seperti disiarkan di Melodi.
Sebelum ini, selebriti, Didie Alias telah menangis ketika ditemu ramah sewaktu ditanya perihal rakan baiknya yang juga pelawak wanita yang didakwa sedang menjalinkan hubungan dengan seorang pengkid. Dia juga mengatakan sentiasa berdoa agar rakannya itu kembali ke pangkal jalan.
Walaupun tidak dinyatakan secara jelas siapa individu yang dimaksudkan, ramai yang meneka bahawa pelawak wanita tersebut adalah Enot berdasarkan beberapa kenyataan yang merujuk kepada artis itu.
Sumber: TikTok enot7812
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :https://ohmymedia.cc/
Leave a Reply