[VIDEO] Sadio Mane, Benzema tunai umrah selepas berpindah ke Arab Saudi

KAPTEN Al-Ittihad dan pemenang Ballon d’Or 2022, Karim Benzema yang baru berhijrah ke Liga Pro Saudi, Jun lalu, sedang menikm4ti waktu yang indah di negara tersebut.

Baru-baru ini, Benzema yang merupakan seorang Muslim, berkongsi video dirinya sedang menunaikan ibadah umrah di Makkah.

VIDEO;

Bekas bintang Real Madrid itu kedengaran berkata: “Mashallah, yang terbaik daripada yang terbaik. Alhamdulillah”.

Ini bukan kali pertama Benzema menunaikan umrah. Difahamkan, dia pernah menunaikan ibadah berkenaan pada 2016.

Selain Benzema, bintang baharu Al Nassr, Sadio Mane, turut menunaikan umrah beberapa jam selepas membuat penampilan pertamanya pada Khamis (3 Ogos) lalu.

Mane dirakam dalam sebuah video yang tular di media sosial, bersama beberapa rakan sepasukannya, termasuk bekas kapten RC Lens Seko Fofana.

VIDEO;

Kelab bola sepak di Arab Saudi sudah menandatangani beberapa bintang terkemuka, bermula dengan Cristiano Ronaldo tahun lalu, dan disertai Karim Benzema, Jordan Henderson dan Sadio Mane tahun ini. – Khaleejtimes

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*