“Jangan diam saja” -Sambal petai laku keras, Hidayah gesa Ali Puteh bayar saman

Kemelut antara pelawak kontroversi, Ali Puteh dengan bekas kakak iparnya, Noor Hidayah Mohd Ali berkaitan isu saman masih lagi belum selesai.

Menerusi posting terbaru Hidayah di Instagram, dia telah memuat naik keratan artikel berkenaan Ali yang sedang rancak berniaga sambai petai.

Balu kepada Allahyarham Abam Bocey itu menggesa agar Ali segera membayar samannya yang masih belum dijelaskan sejak beberapa bulan yang lalu walaupun beberapa kali memaklumkan akan menjelaskan akan membayar segala tuntutan tersebut.


“Baguslah, tapi duit saya menang saman pada 18/02/2022 sampai hari ini 2023 belum bayar dan jangan buat-bauat lupa ye, dah bulan 8 ni. Masih awak tak bayar lagi duit saya.

Sampai sekarang ye jangan diam sahaja dan jangan lupa bayar. Awak masih berhutang dengan saya RM76,167.28 sehingga kini.

Kakak awak masih berhutang dengan saya RM2,000 sebab kalah saman, belum bayar dari 2022 hingga kini 2023.

Sehinggalah 2023 sudah. Sekarang viral tentang orang berhutang kan, hutang wajib kena bayar,” tulisnya.

Masih ego lagi ye Ali

Perkongsian tersebut telah menghadirkan pelbagai komen daripada warganet yang menyokong tindakan Hidayah agar pihak ‘sebelah sana’ ingat tentang tuntutan yang masih belum dilunaskan.

Haritu kecoh dia kata tak ada duit

Jangan ingat orang diam nampak lurus

Yang berhutang ni berlakon terpaling tersakiti

Wang sumbangan pun kena sapu?

Dalam pada itu, Hidayah turut mendedahkan bahawa duit sumbangan yang diberikan ke atasn nama Hamzah turut ‘dikebas’ oleh Ali Puteh satu ketika dahulu.

Apa-apa pun semoga masalah antara mereka segera selesai dan pihak bertanggungjawab perlulah melunaskan apa yang sudah ditetapkan mahkamah memandangkan ia merupakan hak orang lain.

Sumber: Instagram hidayah_abam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://ohmymedia.cc/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*