N4has Elmina: Hero sebenar datang melawat, beri nama Oyen Elmina

PETALING JAYA – Seekor kucing yang ditemui di lokasi n4has melibatkan sebuah pesawat Beechcraft Model 390 di Persiaran Elmina, Shah Alam, Khamis lalu, dikunjungi pasukan penyelamatnya, hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Instagram doktor veterinar, Dr. Zulerwan, pasukan ambulan Kementerian Kesihatan (KKM) itu datang ke Zul Erwan Veterinary Clinic untuk melawat kucing tersebut yang diberi nama Oyen Elmina.

“Sebentar tadi klinik ada menerima lawatan daripada wakil team ambulan KKM yang menyelamatkan Oyen tempoh hari.

“Mereka adalah Mohd Azwa Mohd Zain, Arlyia dan yang tiada dalam gambar ialah Richie Bobby Bujang serta Tommy Leo Rahsak.

“Mereka adalah hero sebenar kepada Oyen Elmina,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zulerwan (@zulerwan)

Sebelumnya Kosmo! melaporkan, Oyen Elmina berada keadaan stabil dan semakin pulih daripada kecederaan.

Zulerwan yang merawat kucing tersebut memaklumkan proses memulihkan kecederaan haiwan itu masih lagi dijalankan.

Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa tiada sebarang kutipan derma dilaksanakan bagi tujuan rawatan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :– KOSMO! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*