Budak lelaki nyaris jadi ‘udang b4kar’, mak ayah kunci kereta parkir tengah p4nas! Orang awam tunggu 40 minit tetap tak muncul

MESKIPUN banyak kes kanak-kanak lemas di dalam kereta dilaporkan media, namun masih ada lagi ibu bapa yang sanggup meninggalkan anak-anak mereka.

Terbaharu, seorang kanak-kanak lelaki ditemukan sedang menangis dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia di tepi jalan.

Lebih malang apabila enjin kenderaan itu dim4tikan dan hanya tingkap di bahagian hadapan yang terbuka sedikit sekali gus membuatkannya berada dalam kepanasan sehingga berpeluh serta pucat.

Menerusi perkongsian pelayar Twitter Arif, dia memaklumkan cuaca pada masa itu juga agak panas.

“Tengok aku jumpa tadi budak menangis dalam kereta berpeluh sampai pucat.

“Enjin m4ti kemudian tingkap depan buka sikit… gila apa tinggal anak dalam kereta tengah panas macam ni,” ciapnya ringkas.

Menerusi rakaman video yang turut disertakan, kelihatan kanak-kanak terbabit sedang menangis dan berpeluh.

Orang awam cuba memecahkan cermin tingkap bagi mengeluarkan kanak-kanak terbabit.

Orang awam cuba memecahkan cermin tingkap bagi mengeluarkan kanak-kanak terbabit.

Malah katanya, tiada penjaga mahupun ibu bapa kanak-kanak malang itu tampil walaupun hampir 40 minit dia menunggu di lokasi kejadian.

Susulan itu, dia meminta orang ramai untuk membantu memecahkan cermin kereta berkenaan bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

“Dekat 40 minit aku kat situ tak ada parents dia datang. Jadi, aku minta tolong orang ramai.

VIDEO;

“Terkini, budak itu selamat… kitaorang pecahkan cermin dan bawa budak tu duduk di klinik,” tambahnya lagi.

Antara reaksi yang ditinggalkan warga maya.

Antara reaksi yang ditinggalkan warga maya.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya dan kebanyakannya meluahkan rasa sedih apabila masih lagi terdapat ibu bapa yang pentingkan diri sehingga sanggup mengabaikan kebajikan anak-anak.

“Kalau kat Amerika Syarikat, Child Protection Services dah sampai… mak atau bapa confirm naik turun mahkamah, masuk jail. Anak masuk pusat kebajikan sebelum diperangkatkan.

“Apabila kes macam ni jadi, seriously nak tengok video reaksi mak ayah yang biar anak dalam kereta macam ni. Ada kes I baca ada yang tak perasan anak kat belakang atau lupa yang hari tu sebenarnya bawa anak.

“Minta klinik tu buat laporan, bukan budak besar… 40 minit dah macam mengabaikan saja.

“Mesti mak ayah tak muncul sebab takut kena serang,” ujar beberapa warga maya.

Sebelum ini, media pernah melaporkan bahawa ibu bapa mahupun penjaga yang didapati cuai dengan meninggalkan anak bersendirian di dalam kenderaan tanpa pengawasan boleh didenda RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*