Kesetiaan seorang sahabat hingga ke kubvr menyentuh hati

Muar: Kasih sayang dan kesetiaan seorang pemuda terhadap sahabatnya yang sudah meninggal dunia terbukti kerana tidak jemu datang menziarahi pusara insan tercinta walaupun tinggal berjauhan.

Kisah itu dikongsikan seorang lelaki menerusi akaun TikTok @pondokusangg dan mendapat perhatian netizen dengan rata-ratanya tersentuh membaca perkongsian berkenaan.

Video :

Dalam hantaran gambar dimuat naik, lelaki berkenaan menceritakan dia terserempak dengan pemuda itu ketika menziarahi pusara bapa bersama adiknya yang terletak di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Belemang Serom 3, di sini.

“Sewaktu kami tengah bersihkan kubur ,terdengar suara lelaki baca (surah) Yasin sangat jelas dari jauh.

“Adik saya yang tinggal di sekitar tanah perkuburan kata, sejak dua ke tiga bulan lalu, memang kerap lelaki itu datang ziarah kubur.

“Sampai ada satu hari jam 8 malam selepas kami kemas, adik saya masuk dalam kereta dan saya pergi ke lelaki tu.

“Saya bagi salam dan tanya dari mana, rupanya dia ni bukan orang Serom atau orang Johor dan datang dari Kuala Lumpur,” tulisnya.

Lelaki itu kemudian bertanya lebih lanjut hubungan pemuda ditemui dengan si mati dan terkejut selepas diberitahu yang diziarah itu adalah pusara rakan, bukannya ahli keluarga.

“Terkejutnya saya sebab saya ingat kubur emak, ayah atau keluarga dia (pemuda) sebab hampir setiap minggu, siang malam ziarah kubur cuma tak tahu kawan lelaki atau perempuan.

“Kebetulan adik saya pun keluar kereta dan datang dekat kemudian beritahu selalu nampak pemuda itu datang menziarahi pusara.

“Jawabnya, kalau ada kerja di Johor mesti singgah, kadang-kadang sampai sini jam 11 malam pun pernah,” katanya.

Mendengar jawapan itu membuatkan lelaki berkenaan kagum dengan kesetiaan pemuda ditemuinya.

Dia bagaimanapun tidak sempat bersembang lebih lama dengan pemuda berkenaan yang meminta diri untuk berundur sambil mata berair melihat pusara.

“Allah hebatnya kesetiaan persahabatan beliau.

“Hari ini (tempoh hari), Allah memberi kesedaran bahawa masih ada lagi manusia baik di muka bumi Allah ini.

“Cuma saya tak sempat tanya nama beliau. Jika tuan badan melihat izinkan saya berkongsi cerita ini ya,” tulisnya.

Harian Metro cuba menghubungi pemuda berkenaan untuk mengetahui kisah sebenar namun belum mendapat balasan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*