“Anak mama yang hebat!” – Bawa Vida jalan-jalan naik kereta baharu, Cik B jawab tudvhan beli lesen terbang

PERKONGSIAN pelakon dan penyanyi Cik B memandu sebuah kereta membawa ibunya usahwan sensasi Datuk Seri Vida bersiar-siar mengundang salah faham dalam kalangan netizen yang mempersoalkan sama ada dia mempunyai lesen memandu.

Susulan itu, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen, 18, menjelaskan dia sudah pun memiliki lesen memandu yang sah selain menunjukkan bukti kepada pengikutnya di Instagram.

Cik B turut memberitahu lesen yang diterima juga bukan diperoleh secara salah atau ‘lesen terbang’.

cikb3 - 1

Cik B membawa ibunya bersiar-siar menaiki kereta baharu.

“Untuk pengetahuan semua, saya sudah ada lesen memandu… Saya baru balik dari JPJ, saya dah dapat lesen memandu secara normal dan bukan lesen terbang,” katanya.

Cik B berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Sabtu.

Sebelum ini, Cik B membuat kejutan kepada Vida atau Hasmiza Othman, 52, dengan mengajaknya keluar bersama sebelum mengejutkan ibunya dengan sebuah kereta baharu yang dibeli menggunakan wangnya sendiri.

Menerusi perkongsian video itu juga, Cik B menawarkan diri untuk menghantar Vida ke pejabat menggunakan kereta yang dipandunya sendiri.

“Ini kereta siapa mama? Ini kereta untuk mama… Tengoklah nombor plat tu, nombor plat motosikal mama.

“Jom Cik B bawa mama pergi kerja,” ujarnya.

cikb1 - 1

Cik B sudah mempunyai lesen memandu yang sah.

Sementara itu, Vida meluahkan rasa bangga apabila melihat anak sulungnya itu berjaya membeli sebuah kereta mewah hasil titik peluhnya sendiri.

Tambah Vida, kereta baharu itu sedikit sebanyak dapat membantu urusannya memandangkan kenderaannya masih di bengkel susulan terlibat dalam kemalangan pad 19 Jun lalu.

“Sesuailah kereta kita dalam bengkel sebab kemalangan, tiga atau empat bulan lagi baru siap.

cikb2 - 1

Vida bangga dengan pencapaian Cik B yang berjaya membeli kenderaan sendiri.

“Tapi memang Cik B anak mama yang hebat. Bagus Cik B beli kereta untuk mama… Sebab Velfire tu tak berapa luas nak lunjur kaki,” katanya.

Cik B pernah meraih perhatian ramai apabila dilihat sedang menjalani kelas memandu bersama gurunya di Ipoh, Perak.

Rata-rata netizen memuji anak usahawan kosmetik itu kerana tidak membeli ‘lesen terbang’ sebaliknya berusaha sendiri bagi mendapatkan secara sah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*