Nampak bahagia sedondon dengan suami, 2 bulan nikah Mizz Nina akhirnya bersanding di KL

DUA bulan selepas melangsungkan pernikahan, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina melangsungkan majlis resepsi bersama suami iaitu Essam Muhammad secara tertutup pada malam Ahad.

Pasangan berkenaan dipercayai mengadakan majlis tersebut di Boathouse, Ampang yang dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat pasangan mempelai.

Menerusi foto yang dikongsi Instagram jurusolek Fazz Ariffin memaparkan dia menata rias Nina atau Shazrina Azman di hari bahagianya itu.

Pada malam itu juga, Nina, 43, mengenakan persalinan berona putih rekaan Ezzati Amira sedondon dengan jubah yang digayakan Essam.

Mizz ninna

Pasangan pengantin bergambar bersama ibu bapa Mizz Nina.

Sementara itu, salah seorang rakan Nina berkongsi sekitar majlis yang berlangsung di Instagram selain turut mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.

Menerusi video tersebut, senyuman tidak lekang daripada wajah Nina dan Essam sambil menyapa tetamu yang hadir.

“Senyuman itu, Masha-Allah. Tiada kata yang boleh diterangkan macam mana saya bahagia untuk awak,” luahnya.

Meninjau ke Instagram Nina dan Essam, pasangan itu bagaimanapun belum berkongsi sebarang foto atau video mengenai majlis kenduri yang diadakan.

Pada Jun lalu, Nina mendedahkan sudah kembali mendirikan rumah tangga buat kali kedua dan majlis pernikahan dengan Essam dipercayai berlangsung di Amerika Syarikat.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri kaum keluarga dan sahabat terdekat.

Nina

Pasangan ini melangsungkan pernikahan pada Jun lalu.

Nina juga ketika itu memaklumkan mereka akan mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur dalam masa terdekat secara tertutup bagi meraikan pernikahan mereka.

Untuk rekod, Nina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Noh Salleh pada 2 Julai 2011 namun mengumumkan penceraian pada 4 Ogos tahun lalu.

Mereka memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Musa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*