[VIDEO] Agong, Permaisuri Agong Terharu Lihat Sambutan Luar Biasa Rakyat Sabah

Majlis Pelancaran Kembara Kenali Borneo yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Santapan Malam Bersama Masyarakat Tawau pada malam Ahad disambut meriah dengan kehadiran 1,000 orang termasuk orang-orang kenamaan dan penduduk setempat.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis tersebut.

Rasa terharu

Menerusi Instagram Istana Negara, Tunku Azizah dilihat mengalirkan air mata dan menzahirkan rasa terharu dengan sambutan yang diberikan oleh rakyat semasa ketibaan baginda berdua. Penduduk setempat dilihat berbaris panjang sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan baginda berdua.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menzahirkan rasa terharu dengan sambutan yang diberikan rakyat semasa ketibaan Baginda berdua di Tawau, Sabah untuk program Kembara Kenali Borneo.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji sikap baginda berdua yang sering mencemar duli untuk menyantuni rakyat jelata.

Video : 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)


Sumber: Istana Negara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*