Selamba Hairul Azreen cabvt gigi susu anak, netizen kagum Yusof rileks tak men4ngis pun

AKSI berani pelakon Hairul Azreen mencabut gigi susu anak sulungnya Yusuf Iskandar mencvri perhatian ramai yang kagum dengan keberanian kanak-kanak berusia 6 tahun itu.

Menerusi video dimuat naik isterinya Hanis Zalikha di Instagram memaparkan gelagat Yusof yang pada awalnya dilihat tenang dan bersedia giginya dicabut.

Namun reaksi Yusuf yang kelihatan terkejut dan kagum bapanya berjaya mematahkan giginya dengan sekali percubaan membuatkan Hanis terkenang bangga dengan anaknya.

Hanis berkata, tanpa disedari anak sulungnya itu semakin membesar dan ini merupakan kali ketiga gigi Yusof tercabut.

Yusuf

Hairul patahkan gigi Yusuf dengan sekali percubaan.

“Dah gigi susu ketiga yang dicabut. Setiap kali giginya tercabut maksudnya anak lelaki saya semakin besar.

“Dan setiap itulah mommy sebak terkenang saat dia masih jalan terkedek-kedek, perut kedepan, semua sayuran yang dia makan, tidur nak bawah ketiak (yang ini masih lagi sama) dan rambut curly wirly,” katanya.

Dalam pada itu, Hanis turut berterima kasih kepada Hairul kerana berani mem4tahkan gigi anaknya.

“Saya sayang awak sangat anak. Terima kasih daddy selamba pat4hkan gigi itu,” kongsinya.

Menjengah ke ruang komen video itu, rata-rata pengikut dan rakan artis terasa ngeri melihat aks1 berani aktor berkenaan mencabut sendiri gigi anaknya.

Bukan itu sahaja tindakan Hairul juga mengimbau kembali zaman kanak-kanak mereka.

Hanis

Netizen anggap Hairul bapa yang berani.

“Phew nger1! Anak saya semua giginya tercabut sendiri.

“Comel Yusuf, gigi tercabut pun muka masih blur tak percaya. Tak macam anak saya macam-macam alasan dia bagi.

“Berani ayah Yusuf! Jimat duit ke klinik. Dulu-dulu pun selalu kena tipu dengan ayah kata nak tengok tapi kena cabut giginya,” antara komen netizen.

Untuk rekod, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 6 dan Alisa Aisyah, 3.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*