Mak masuk kedai gajet tunjuk gelang emas, nak gadai beli laptop anak… Men4ngis kenang hadiah ‘anniversary’ – “Dia yang penting… nak belajar”

SEORANG ibu akan melakukan apa sahaja demi memenuhi permintaan anaknya.

Terbaharu, hasrat seorang wanita yang mahu melepaskan seutas gelang emas demi membeli laptop untuk anaknya meraih perhatian ramai kerana kagum dengan pengorbanannya.

Menerusi video yang dikongsi Nor Asiah Kamis di TikTok hingga meraih lebih 1.6 juta tontonan, wanita itu datang ke sebuah kedai gajet untuk bertanya tentang harga laptop yang bersesuaian dengan bajetnya.

“Assalamualaikum. Makcik ni nak cari laptop kat anak. Orang habaq (beritahu) ada kat sini, makcik datang nak tengok macam mana bayarannya.

laptop2

Kedai ini menawarkan kutu gajet secara ansuran bulanan.

“Kalau boleh tu, kalau cukup nak beli cash. Makcik kira nak bagi gelang je, gelang ni pakcik la beli untuk hari ulang tahun perkahwinan kami. Sayang la.

“Dia (anak) yang penting. Dia nak belajar. Kita berkorban. Nak tanya, tengok la, boleh ke tak boleh?” ujar wanita itu kepada peniaga kedai berkenaan.

Namun di sebalik rakaman video itu, kedengaran suara seorang wanita lain dipercayai peniaga kedai berkenaan menawarkan sistem pembelian gajet secara ansuran tanpa perlu menggadai gelang emasnya.

“Kalau kata makcik nak tolak gelang tu, saya rasa tak gaduh (perlu) la. Simpan la kot, ada benda lagi pentingkan nak beli? Saya rasa makcik join kutu la.

“Selain jual cash, kami buat kutu… macam kutu kain batik. Kami buat kutu gajet juga untuk telefon dan laptop. Kalau nak bayar bulan, boleh la main kutu.

Video:

@asiah1106

Makcik ni mai nk tolak gelang emas semata mata nk beli laptop utk anak dia . Macam ni la Pengorbanan mak ayah kita nk bg ank bljaq utk ubah nasib keluarga #kutuasiah #ibukutuasiah #fypシ #fyp #foryoupage #xyzbca #kedah

♬ Sound Sedih Fyp – ASBUN

“Main kutu senang sikit, tak gaduh (perlu) keluar duit seketul, cuma bayar bulan-bulan,” ujar peniaga kedai itu secara terperinci.

Pelanggan berkenaan kemudiannya berkata dia mempunyai bajet sekitar RM200 setiap bulan untuk membayar ansuran laptop berkenaan.

“Acik bajet dalam RM200 lebih sebulan. Acik seorang kerja, pakcik sakit, tak sihat,” ujarnya lagi dalam nada sebak sambil mengesat air mata.

Setelah menjelaskan kemampuan kewangannya, peneniaga itu mencadangkan dia mengambil sebuah laptop berjenama Acer berharga RM2,000, dengan bayaran kutu RM200 sebulan selama 10 bulan.

file7kf0y790isyhhnd5c8p

Setiap ibu pastinya mahu melihat anak mereka berjaya. -Gambar hiasan 123rf.com

Malah, ramai netizen turut meluahkan rasa simpati dan mahu membantu meringankan beban wanita berkenaan.

Menjawab soalan netizen, Nor Asiah berkata seorang individu sudah membantu wanita itu mendapatkan sebuah laptop untuk anaknya.

“Tak apa, dah ada orang baik sedekah laptop,” ujarnya di ruangan komen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*