“Papa Doa Supaya Allah Tutup Pintu Hati Ke Atas Mana-Mana Lelaki” – Video Ucapan Norman Buat Marissa Tular Kembali

Tular kembali video ucapan hari lahir pelakon Norman Hakim buat anak perempuannya, Marissa Dania yang disambut baru-baru ini.

Gara-gara kisah hancurnya rumah tangga dek penglibatan Marissa Dania dalam hubungan suami isteri itu, nama pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi hangat diperkatakan netizen di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)


Dalam hantaran video tersebut, Norman telah memuat naik foto beserta kapsyen untuk Marissa di Instagrams sebagai ucapan hari kelahiran remaja berusia 18 tahun ini.

Memetik Utusan TV, Norman berdoa agar Marissa ditutupkan pintu hati kepada mana-mana lelaki yang berniat tidak baik melainkan mereka yang tulus dan ikhlas mahu menjadi imam buat Marissa.

Hari-hari papa tak pernah tinggal solat hajat, doakan untuk semua anak-anak papa.

Khusus untuk adik, hari-hari papa doa supaya Allah tutup pintu hati adik ke atas mana-mana lelaki kecuali nawaitu lelaki itu tulis dan ikhlas nak jadi imam dan bimbing adik ke syurga.

Norman juga dilihat berkongsikan saat-saat ketika Marissa dilahirkan 18 tahun lalu di mana Abby Abadi telah melahirkan anak gadis itu ketika berada dalam kereta.

Namun, perkongsian Norman itu telah dipadam aktor tersebut selepas pendedahan tersebut menjadi bualan di media sosial.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://beautifulnara.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*