Bertalu-talu kec4man pakai baju send4t, Shila Amzah berhenti guna media sosial – “Dah jadi tempat toks1k untuk saya”

TIADA angin tiada ribut, penyanyi Shila Amzah mengambil keputusan untuk berehat daripada menggunakan media sosial buat sementara waktu.

Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, menjelaskan tindakan itu dibuat selepas merasakan media sosial sebuah platform yang toks1k buat dirinya.

“Saya akan berhenti bermain media sosial untuk sementara waktu.

“Ia telah menjadi tempat yang agak toks1k untuk saya.

Shila Amzah 2

Media sosial adalah toks1k bagi Shila.

“Jadi saya chow (pergi) dulu. Jaga diri semua orang dan semoga menjalani hari yang baik,” katanya.

Penyanyi lagu Patah Seribu itu berkongsi perkara tersebut menerusi Instastory miliknya.

Walaupun tidak menjelaskan secara spesifik punca dia mahu berehat menggunakan media sosial namun tindakan itu difahamkan ada kena mengena dengan kemunculannya di Konsert HausBoom Music 2023 pada Ahad.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Ia susulan Shila menerima kec4man bertalu-talu daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan pakaiannya yang dikatakan tidak bersesuaian dengan penampilannya yang bertudung.

Shila pada acara itu mengenakan jaket merah jambu yang dipadankan dengan kemeja T polos berwarna krim di bahagian dalam.

Bagaimanapun, kelincahan Shila dan faktor angin bertiup membuatkan jaketnya terselak sehingga menampakkan bentuk pervt Shila.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*