“Beriya C4ci M4ki JPJ..” – Abang Rider Dedah Cerita Sebenar, Sendiri Serah Kunci Dan Motosikal Untuk Disita

Heboh diperkatakan mengenai kisah seorang lelaki yang bekerja sebagai penunggan p-hailing disita motosikalnya ketika sedang menghantar makanan kepada pelanggan.

Malah, foto dan video saat dia berjalan kaki selepas kenderaan disita menuai pelbagai respon netizen yang kebanyakannya merasakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak mempunyai empati terhadap lelaki itu.

Difahamkan, motosikal Shahrul,26, telah disita kerana Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh dan tiada insurans.

Shahrul tampil berkongsi kisah sebenar di mana dia sebenarnya sedang dalam perjalanan ke tempat kerja kerana syif tengah hari.

Nak dijadikan cerita, ada operasi sekatan jalan raya dan salah saya kerana cukai jalan sudah tamat tempoh dan tiada insurans.

Jadi saya akur, tak melawan malah beri kerjasama dengan serahkan kunci serta motosikal kepada pihak berkuasa untuk disita.

Dia kemudiannya berjalan dan meminta bantuan seorang rakan untuk mengambilnya di satu tempat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ☆ 𝒜𝒾𝓈𝒶𝓇𝒦𝒽𝒶𝓁𝑒𝒹 ☆ (@aisar_khaledd)

Saya ada baca juga komen netizen, ada yang kata saya jalan sejauh empat KM tanpa arah. Itu semua tidak benar kerana saya tak berjalan sejauh itu dan ketika kejadian saya dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan.

Shahrul dalam pada itu turut meluahkan rasa terkejut setelah kisahnya menjadi tular sehinggakan Youtuber terkenal, Aisar Khaleed turut tampil menyatakan hasrat untuk menyumbang motosikal baru.

Terdahulu, JPJ memaklumkan bahawa tindakan menyita motosikal milik lelaki itu dilakukan bagi tujuan menjaga keselamatan penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya yang lain kerana tidak dilindungi insurans.

Namun, tindakan JPJ itu dianggap tidak bertimbang rasa dan agensi itu turut dikecam gara-gara kes tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://beautifulnara.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*