Jasmin Hamid jalani pembed4han di hari lahir, doa minta bebas k4nser rahim… Tergores hati netizen kutvk fizikal makin berisi

PELAKON Jasmin Hamid memaklumkan dia bakal menjalani pembed4han kecil bagi memulihkan dirinya daripada k4nser rahim.

Kata Jasmin, 50, dia dimasukkan ke hospital pada Khamis sebagai persediaan sebelum menjalani pembed4han pada Jumaat yang juga merupakan hari ulang tahun kelahirannya.

“Hari ini saya masuk di hospital dan esok merupakan tarikh hari lahir saya, saya akan jalani pembed4han minor.

“Mohon doa daripada kalian untuk Allah lancar dan permudahkan semua prosedur pembed4han dan bebas k4nser rahim,” katanya menerusi laman Instagram.

Jasmin Hamid 2 (1)

Jasmin memohon doa daripada peminat supaya dipermudahkan.

Dalam masa sama, Jasmin juga mengakui hatinya tergores apabila ada pihak melontarkan komen negatif dengan mengutvk fizikalnya tanpa mengetahui masalah kesihatan dihidapinya.

Kata Jasmin, perubahan fizikal dirinya itu disebabkan masalah cyst dan hormon tidak teratur sehingga dia mengalami pend4rahan pada rahim.

“Sebelum ini ramai yang kata saya dah gemuk hingga adakalanya kata-kata orang itu menggores perasaan saya tanpa bertanyakan tahap kesihatan saya,” katanya.

“Tiada siapa pun dalam dunia ini nak gemvk termasuklah saya, jadi, hari ini saya reveal kenapa,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Jasmin memberitahu dia juga telah memaafkan pihak yang mengutvk fizikalnya sebelum ini.

“Terima Kasih pada yang sudi doakan kebaikan untuk saya dan saya kembalikan doa yang baik-baik juga untuk kalian.

“Moga semuanya baik-baik sahaja buat saya supaya saya boleh sambung kerja-kerja saya seperti biasa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*