Che Ta tak boleh kawal marah, beng4ng pengacara tua h1na anak perempuan tidak elok

PELAKON Rozita Che Wan tidak mampu mengawal perasaan marah selepas mengetahui seorang pengacara veteran mengaitkan nama anaknya iaitu Aaisyah Dhia Rana dalam satu hantaran di media sosial baru-baru ini.

Meskipun pada awalnya Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta enggan memanjangkan isu berkenaan, dia bagaimanapun terpaksa bersuara selepas anak perempuannya digelar dengan panggilan tidak baik.

Kata Che Ta, 52, tindakan pengacara itu keterlaluan dan h1inaan ditulis itu benar-benar menyakitkan hati.

“Ada orang hantar (paparan skrin) itu dekat saya… ini apa masalah, tiba-tiba ni?

Che Ta ditemui pada tayangan perdana filem Mat Kola.

“Sebelum ini dia minta saya berjanji, minta tarik balik kes dan jangan beritahu orang… tapi sekarang apa masalah kau tiba-tiba nak naik post (hantaran) tu,” katanya.

Che Ta meluahkan rasa bengangnya itu ketika ditemui pada tayangan perdana filem Mat Kola yang diadakan di GSC Tropicana Garden, Kota Damansara, Selangor pada Khamis.

Kata Che Ta lagi, dia tidak ambil pusing jika pengacara tersebut hanya menghina dirinya sahaja, namun mengaitkan dengan anaknya adalah tidak wajar.

“Saya tak kisah dia nak maki saya, tapi sekarang ni kau ada masalah ke dengan anak aku?

“Aku sembilan bulan 10 hari mengandung anak aku, jentik pun tak pernah, marah pun tak pernah. Kenapa kau nak m4ki anak aku?

“Kau tak ada anak, bukan bapa dan bukan mak… sedap-sedap nak cakap anak aku macam tu.

“Dia belum kenal buku bertemu ruas lagi,” katanya.

Che Ta tidak dapat menerima anaknya dih1na.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Zain Saidin ini turut mendedahkan dia menarik semula laporan polis berhubung perbalahan mereka dua tahun lalu atas permintaan pengacara itu.

Dedahnya pengacara itu merayu agar telefon bimbitnya tidak dirampas untuk siasatan polis.

“Apabila kes itu ditarik, telefon dia tak kena ambil untuk disiasat,” ujarnya.

Baru-baru ini seorang pengacara memuat naik perkongsian di Facebook mendakwa seorang pelakon sudah berusia berbulu mata lebat menggunakan ilmu hit4m terhadap dirinya.

Dalam hantaran tersebut, pengacara itu turut melontarkan kata-kata cac1an kepada anak artis berkenaan yang sedang meningkat remaja.

Perbalahan antara mereka berdua tercetus pada tahun 2021 apabila pengacara berkenaan melontarkan kata-kata kes4t terhadap pemakaian Che Ta semasa mendapatkan suntikan v4ksin.

Tulisan yang dibuat pengacara berkenaan menyinggung perasaan Che Ta.

Che Ta membalas kenyataan itu dengan mengatakan individu seperti tidak sepatutnya wujud di muka bumi.

Pengacara itu kemudiannya membuat laporan polis kerana menyifatkan kenyataan yang ditujukan terhadap dirinya itu adalah berunsur fitnah sehingga merosakkan reputasinya sebagai seorang penggiat seni.

Untuk rekod pengacara tersebut boleh disifatkan mempunyai akhlak yang rendah kerana sering berkongsi kata-kata cac1an dan menc4rut menerusi laman sosialnya.

Sifat buruk yang dipamerkan itu seharusnya tidak menjadi ikutan masyarakat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*