“Ira Kazar Is Shaking” – Muncul Dalam Sepahtu Reunion, Yusof Haslam Beri Amaran Jangan ‘Ngorat’ Puteri Sarah

Program lawak, Sepahtu Reunion yang berlangsung pada hari Jumaat lalu menjadi perhatian ramai setelah pengarah hebat, Datuk Yusof Haslam muncul menjadi cameo di atas pentas.

Lagi membuatkan netizen berasa teruja kerana menantunya, Puteri Sarah ketika itu merupakan artis jemputan untuk episod Sepahtu Reunion kali ini.

Hal yang menjadi perhatian apabila Yusof Haslam memberitahu bahawa status menantunya itu adalah janda dan sejak berpisah dengan anak lelakinya, Syamsul Yusof, ramai yang cuba mendekati aktres terbabit.

Bahkan, potongan babak tersebut turut banyak dimuat naik di laman media sosial hingga membuatkan netizen berasa terhibur dengan tindakan pengarah terbabit menjaga Sarah.

Kau nampak ni (tongkat)? haa aku belangkong (pukul) karang! Kau tak layak jadi menantu aku. Jangan cuba.

Meninjau di ruangan komen video potongan babak terbabit, rata-rata terkejut melihat Yusof Haslam menjadi camoe dan dalam pada masa yang sama, ramai juga teruja melihat keakraban mereka berdua.

komen

komen

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://beautifulnara.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*