Musa Hassan naik pelamin lagi, kini bergelar suami kepada Qistina Lim

JODOH tak mengenal usia.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan melangsungkan perkahwinan dengan wanita dikenali sebagai Qistina Lim.

Foto sekitar majlis resepsi pasangan itu dikongsi menerusi Facebook oleh seorang individu dipercayai adiknya iaitu Mohammad Izzat Hassan.

Mohammad Izzat menerusi kapsyen di Facebook turut menzahirkan ucapan tahniah serta mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.

“Syukur Alhamdulillah dan tahniah, Tan Sri Musa Hassan dan Puan Sri Qistina Lim, anda (Musa) sentiasa menjadi idola, penasihat, pemimpin dan abang kepada saya.

“Selamat datang Kak Long Qistina dalam keluarga kami. Semoga mendapat mawaddah, rahmah dan kekal sehingga ke jannah,” tulisnya.

Majlis itu berlangsung di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor pada Sabtu malam.

VIDEO;

Untuk rekod, Musa, 72, berpisah dengan isterinya Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42, selepas wanita itu memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah pada 30 Mac lalu.

Permohonan cerai itu difailkan kerana faktor shiqaq atau perbalahan berpanjangan dengan Musa yang dikahwininya 10 tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*