Luar biasa! Alunan selawat bergema di Bukit Bintang, umat Islam bersatu sambut Maulidur Rasul

SUASANA di sekitar kawasan Bukit Bintang yang terkenal dengan kemeriahan hiburan malam bertukar tenang seketika dengan alunan selawat dan pujian kepada Rasulullah SAW pada Rabu malam.

Menerusi perhimpunan sempena Maulidul Rasul bagi tujuan memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW itu, umat Islam termasuk rakyat tempatan dan pelancong asing sama-sama menjayakan program Bukit Bintang Berselawat.

Video:

@armadadendang

Bukit Bintang Berselawat 27hb sep 2023 Thankyou Pavilion 🌺🌹🌺#pavilion #bukitbintang #fahrenheit #royalstar #genjibuskers #minionzbuskers #bukitbintangberselawat @Pavilion KL Official

♬ original sound – Armada Dendang Malaysia – Armada Dendang Malaysia

Difahamkan terdapat sekurang-kurangnya lapan lokasi terpilih (check point) ditetapkan untuk orang ramai berkumpul sebelum bergerak ke dataran Pavilion.

Ia bermula sekitar pukul 9.30 malam dan berakhir kira-kira sejam selepas itu.

Di media sosial, beberapa video tular menunjukkan orang ramai yang hadir sama-sama berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam suasana yang aman dan tenang.

Turut kelihatan pemberian bunga mawar kepada orang ramai sebagai simbolik kepada kedamaian dan keharmonian.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*