“Jadi Suri Hati..” Nabil Ahmad S4nggup Bayar Gaji Isteri RM7k Sebulan, Minta Berhenti Kerja

Siapa yang tidak kenal dengan pelawak, pengacara dan penyampai radio terkenal, Nabil Ahmad. Kehidupannya cukup sempurna bersama isteri dan kehadiran 3 puterinya.

Seperti yng kita sendiri tahu, isterinya Zira Ayub pernah bekerja sebagai pramugari sebelum mendirikan rumahtangga. Namun, selepas berkahwin, dia ambil keputusan untuk berhenti, walaupun baru tiga tahu dalam dunia pramugari.

Rupa-rupanya ada sebab isteri Nabil Ahmad ini berhenti kerja, walaupun pada waktu itu, gajinya telah mencecah RM7K.

Nabil Ahmad Sanggup Bayar Gaji Isteri

Terbaru dalam video yang dimuat naik penyanyi Zarul Umbrella di apikasi TikTok, Zira pernah menjadi ‘flower pot’ atau lebih dikenali sebagai model untuk syarikat penerbangan tersebut.

“SAYA PAKAI UNIFORM, DUDUK SEBELAH VIP. ITULAH ‘FLOWER POT’, APA YANG KITA PANGGIL KALAU JADI KRU KABIN. JADI, KALAU DALAM MAJALAH ADA ORANG YANG SEBELAH BOS BESAR, ITULAH NAMA ‘FLOWER POT’,” KATANYA.

Menurut Zira lagi, untuk menjadi ‘flower pot’ bukanlah sesuatu yang mudah kerana dia perlu mengambil peperiksaan kali kedua selepas gagal dalam tempoh latihan.

Pada masa yang sama, gaji pada waktu itu sebagai ‘flower pot’ sangat besar dan lumayan , lebih kurang RM7K (kira-kira 15 tahun yang lalu)

Bagaimanapun, Zira berkata kerjayanya sebagai peramugari hanya bertahan selama tiga tahun sebelum mendirikan rumah tangga bersama Nabil Ahmad.

“Sebab Haji (Nabil) ada cakap, ‘kalau awak terbang (kerja), macam mana kita nak jumpa?’” kata Zira.

Kata Zira lagi, suaminya juga sanggup membayar ‘gaji’ sama dengan pendapatannya sebagai pramugari.

“SAYA CAKAP DENGAN HAJI, ‘KALAU SAYA BERHENTI, AWAK KENA BAYAR GAJI SAYA. BERAPA SAYA DAPAT, ITULAH YANG AWAK KENA BAYAR SETIAP BULAN’ DAN DIA PUN BERSETUJU,” KATANYA.

Nabil mendirikan rumahtangga dengan Zira Ayub pada 30 Semptember 2011 dan dikurniakan tiga anak perempuan, Naira Mikayla, 10 tahun, Layla Medyna, 7 tahun dan Mishall Imani, 4 tahun.

Lihat klip video di bawah:

@zarulumbrellaofficial

Ikuti kisah menarik Zira yg merupakan wife kpd Nabil Ahmad semasa bertugas diawan biru bersama AirAsia

♬ original sound – Zarul Umbrella – Zarul Umbrella

Best juga kan. Moga bertambah-tambah rezeki Nabil sekeluarga.

Sumber: Gempak, zarulumbrellaofficial (tiktok) & Ig nabilzira

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://www.mingguanwanita.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*