DS Vida Bangga Tunjuk Perbelanjaan Anak-Anak, Cik B Habis RM1 Juta Dalam Masa Satu Bulan!

PERKONGSIAN video memaparkan gelagat anak usahawan sensasi Datuk Seri Vida (DSV) berbangga berkongsi jumlah perbelanjaan bulanan mereka mencuri perhatian netizen di media sosial.

Dalam satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 52, meminta Cik B dan Kacak berkongsi jumlah wang yang ada di dalam akaun bank dua anaknya itu.

“Ini akaun duit anak Datuk Seri Vida,” katanya.

Netizen bagaimanapun terkejut apabila Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin menunjukkan dia pernah berbelanja kira-kira sejuta ringgit pada Julai lalu.

cik b

DSV terkejut dengan perbelanjaan Cik B.

Dalam pada itu, Cik B juga menunjukkan perbelanjaan pada November lalu iaitu RM23,000.

Malah DSV sendiri juga terkejut dengan perbelanjaan anak perempuannya itu.

“Takutnya, banyaknya beli. Apa yang dia beli sampai sejuta?,” ujarnya.

Sementara itu, Kacak atau Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin enggan berkongsi jumlah perbelanjaannya namun memaklumkan dia lebih suka menyimpan duit.

Tidak hanya itu, mereka juga berkongsi baki wang selepas sakan berbelanja beberapa bulan sebelum ini.

DSV kongsi gelagat anak-anak dengan baki wang di dalam bank.

@datoserividaofficial

Oloh anak mama lagi kayo dari mama loni đŸ˜± hasil jual salmon skin ke tu @cikb_havoc66 @KACAK WORLD #fyppppppppppppppppppppppp #masukberanda #salmonskincikb #masukfypdong #masukfyppls #fypă‚·ă‚šviral #foryoupage #masukberandafyp #fypage #gelakdsv

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengusik damn menyatakan hasrat ingin berkawan dengan kedua-dua remaja berkenaan.

Malah, ada juga menganggap ia perkara biasa bagi golongan T20.

cik 3

Netizen ingin mendekati anak-anak Cik B.

“Mak dia tengok anak berhabis RM1 juta macam tengok RM100 saja. Budaya T20 betul.

“Cantik Cik B, agak berapa DSV kenakan hantaran untuk meminang anak dia?

“Sama baki rupanya dengan akaun aku, bolehlah aku jadi level anak DSV,” antara komen netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*