[VIDEO] Mak Jah Seb4k Terima Bantuan Kerusi Roda Elektrik, Duit Bulanan Daripada Rosyam Nor

 

Aktor terkenal dan usahawan, Datuk Rosyam Nor menghadiahkan sebuah kerusi roda elektrik kepada pelakon veteran, Mak Jah.

Menerusi hantaran di TikTok, pihak Rosyam berharap agar kerusi roda elektrik itu dapat memudahkan Mak Jah, 74, untuk menjalani kehidupan seharian.

Untuk kegunaan harian

Dalam pada itu, diharapkan orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan Mak Jah atau nama sebenarnya Maimunah Ahmad.

Salam semua. Bagi pihak Rosyam Nor, team Adraabyrosyam berjumpa dan memberikan sesuatu yang istimewa buat Mak Jah. Seorang pelakon yang tidak lagi asing kepada masyarakat Malaysia.

Kami berbesar hati ingin menghadiahkan sebuah kerusi roda elektrik kepadanya supaya dapat menjalani kehidupan seharian. Jom kita sama-sama mendoakan kesihatan Mak Jah.

Sementara itu, Mak Jah tidak dapat menahan air mata terharu menerima bantuan daripada Rosyam. Bukan hanya kerusi roda malah bapa kepada lima orang cahaya mata turut menghulurkan bantuan kewangan secara bulanan.

Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Rosyam. Tak terbalas.. tak terbalas budi baik Datuk (sebak). Ya Allah Ya Tuhanku. Saya tak terkata Datuk. Rasanya ini (kerusi roda) mahal sangat.

Bagi saya memang tak termampu, dengan Datuk bagi bulanan lagi. Alhamdulillah syukur pada Allah. Saya memohon sentiasa pada Allah supaya rezeki Datuk berkat dunia akhirat.

Mak Jah mencuba kerusi roda elektrik yang dihadiahkan Rosyam kepadanya.

Di ruangan komen, warganet memuji dengan sikap pelakon filem Gila-Gila Remaja di samping mendoakan agar sentiasa dimurahkan rezeki.

Kini, Mak Jah baru menjalani pembedahan mata sebelah kanan yang sudah tidak nampak dan menjalani rawatan berkala di hospital dan klinik.

Pada 2016, Mak Jah pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menghidap kanser rahim tahap pertama namun disahkan bebas daripada penyakit itu pada April 2019.

Pelakon filem Mami Jarum Junior dilaporkan tidak aktif dalam dunia lakonan sudah empat tahun.

VIDEO;

@adraabyrosyam

Salam semua, bagi pihak @Rosyam Nor , team Adraabyrosyam berjumpa dan memberikan sesuatu yang istimewa buat Mak Jah… seorang pelakon yang tidak lagi asing kepada masyarakat Malaysia, Adraabyrosyam dan terutama sekali Datuk Rosyam Nor. Kami berbesar hati ingin menghadiahkan sebuah kerusi roda elektrik kepadanya supaya dapat menjalani kehidupan seharian. Jom kita sama sama mendoakan kesihatan Mak Jah💚

♬ original sound – Adraa by Rosyam – Adraa by Rosyam

Sumber: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Oh bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*