Ini Jawapan Dari Pengarah Yusri Lepas Babak Berc!um Pelakon Hun Haqeem Dan Daiyan Trisha Ters3bar

PENGARAH Datuk Yusry Abdul Halim akan lebih berhati-hati dalam menghasilkan babak romantis menerusi drama arahannya susulan menerima kec4man berhubung adegan berc!um menerusi siri W: Two Worlds.

Yusry, 51, turut berterima kasih kepada orang ramai yang membuat teguran tersebut namun memilih enggan mengulas panjang mengenai kontroversi tersebut.

“Kita berterima kasih kepada teguran penonton. Kami akan pastikan perkara ini tidak akan berulang pada masa akan datang,” katanya.

Yusry 1

Daiyan dan Hun Haqeem juga berpendirian sama seperti Yusry.

Yusry mengulas perkara itu ketika ditemui selepas tayangan perdana episod akhir drama adaptasi popular Korea Selatan itu di Hotel Pavilion, Bukit Bintang pada malam Rabu.

Sebelum ini tular di media sosial apabila watak utama Aliff Hadi lakonan Hun Haqeem dan Daiyan Trisha sebagai Izara berc!um meskipun berlapik dengan sehelai kain.

Babak berkenaan mengundang kec4man netizen yang menyifatkan ia tidak sepatutnya berlaku selain tidak sesuai dijadikan tontonan terutamanya golongan muda.

Sementara itu, Yusry menjelaskan kontroversi babak berkenaan bukan punca episod ketujuh dan ke atas drama berkenaan diubah berbanding cerita asal.

Jelasnya, ia diubah disebabkan atas permintaan pihak Viu Malaysia memandangkan drama adaptasi sebelum ini, She Was Pretty mengikut 95 peratus cerita asal.

“Tidak. Ia tiada kena mengena. Viu Malaysia tetapkan untuk ubah sebab drama sebelum ini, She Was Pretty sama (dengan asal),” jelasnya.

Kami akan pastikan perkara ini tidak akan berulang pada masa akan datang.

DATUK YUSRY ABDUL HALIM
PENGARAH

Susulan itu, Yusry memberitahu produksi mengubah 50 peratus daripada cerita asal kerna mahu memberi kelainan agar ia berbeza daripada versi asal.

“Kalau buat sama nanti penonton akan kata lebih baik tengok versi asal, jadi kita buat perubahan agar mereka dapat tengok perbezaan versi Korea Selatan dan Malaysia.

“Sebenarnya peminat k-drama ini agak hardcore, kita nak ubah pun takut. Tapi kalau tak ubah pun tak boleh, jadi kita ambil jalan tengah iaitu kekalkan enam episod terawal dan selebihnya kita buat sendiri,” jelasnya.

Yusry 3

50 peratus perubahan dilakukan dalam drama tersebut berbanding versi asal.

W: Two Worlds merupakan sebuah drama adaptasi daripada Korea Selatan menampilkan kisah romantik merentasi dimensi, berbeza ruang antara realiti dan maya.

Drama tersebut menampilkan pelakon hebat seperti Hun Haqeem, Daiyan Trisya, Mierul Aiman, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

W: Two Worlds versi Malaysia ini ditayangkan secara ekslusif di platform Viu Malaysia sejak 30 November setiap Khamis pukul 12 tengah hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Viu Malaysia (@viumalaysia)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*