Azizulhasni Awang Timang Cahaya Mata Keempat

 

Jaguh berbasikal negara, Dato Azizulhasni Awang berkongsi berita gembira kepada umum bahawa isterinya, Athiah Ilyana Abd Samat telah selamat bersalin anak keempat mereka, hari ini. Tahniah!

Menurut Azizul, kehadiran cahaya mata yang keempat ini merupakan hadiah hari lahir yang bermakna buatnya pada tahun ini. Walau bagaimanapun, Azizul dilihat masih belum mendedahkan nama, wajah dan jantina anak keempatnya itu.

Alhamdulillah. Syukur isteri yang tersayang @tyailyana memberikan hadiah hari lahir yang sangat bermakna. Hadiah yang tidak disangka ini hadir beberapa minggu awal dan memberi kejutan besar buat kami sekeluarga.

Bermula dengan menemani isteri untuk pemeriksaan mingguan dan diikuti dengan doktor memberitahu yang baby sudah tidak sabar untuk keluar, maka berakhirlah kami berdua di bilik bedah hanya beberapa jam selepas itu.

Alhamdulillah syukur isteri dan baby sehat walafiat dan dilindungi oleh Allah swt. Masyaallah Tabarakallah sekarang saya adalah ayah kepada 4 orang anak, semoga Allah swt memberikan balasan syurga kepada isteri yang banyak berkorban.

I love you so much sayang.Agak-agak korang baby boy ke baby girl kali ni?

Hadiah sangat bermakna

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)

Di ruangan komen, perkongsian tersebut telah dihujani dengan ucapan tahniah. Rata-rata netizen tidak sabar untuk melihat wajah bayi tersebut dan mengetahui jantinanya.

KOMEN NETIZEN:

Sumber: Azizulhasni Awang

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Oh bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*