DJ Lin Umum Tamat Kh!dmat DJ Tyzo Di Suria FM – “Saya Tidak Reda Pemergian Ini, Saya Tiada Ku4sa”

Semalam, stesen radio Suria FM ada membuat pengumuman bahawa pihak mereka telah memberhentikan khidmat penyampai radio Suria Petang, Tyzo Xander secara rasmi.

Perkara itu dimaklumkan Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin yang menyifatkan khidmat DJ Tyzo sangat besar dan menyokong kariernya ke depan.

DJ Tyzo diberhentikan serta merta?

Jalinan antara Suria FM bersama Tyzo adalah kerjasama baik sepanjang tempoh khidmatnya. Kami mengucapkan terima kasih atas sumbangannya.

Namun begitu, meninjau ke ruangan media sosial Tyzo, penyampai radio itu ada membuat hantaran khas yang mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Tak reda dengan penamatan kontrak

Kata Tyzo, dia tidak reda dengan penamatan khidmatnya itu kerana dia sebenarnya masih lagi mahu bekerja.

Saya minta maaf kerana ini bukan keputusan saya. Saya masih lagi mahu bekerja. Saya punya anak, tapi ini bukan kehendak saya.

Tulisnya lagi, pemecatannya itu dianggap seperti harga yang perlu dibayarnya setelah memenangi anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 kategori penyampai radio popular.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tyzo X xander (@tyzoxander)

Berikutan itu, Tyzo berharap tiada pihak akan menuduhnya sebagai ‘diva’ setelah pemergiannya itu daripada Suria FM.

Saya tidak reda dengan pemergian ini. Tapi apa daya saya, saya tiada kuasa. Saya tiada pilihan.

Netizen buat spekulasi

Hantaran itu kemudian mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen memandangkan ramai penyampai radio diberhentikan secara tiba-tiba sebelum ini di stesen radio itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://beautifulnara.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*