Uqasha Senrose Sahkan Sedang Meng4ndung Anak Pertama, Ada Sebab Rahsia Berita Kehamilan Daripada Umum

SETELAH lama berteka-teki, pelakon Uqasha Senrose akhirnya mengesahkan dia dan suami aktor Kamal Adli bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, memberitahu pengalaman mengalami kegugvran sebelum ini membuatkan dia memilih untuk merahsiakan kehamilannya.

“Syukur Ya Allah, Alhamdulillah rezeki manusia berbeza-beza dan ini antara rezeki yang paling besar untuk Qasha (Uqasha).

uqasha 2

Uqasha kongsi khabar gembira buat semua peminat.

“Ramai tanya-tanya kenapa Qasha tak jawab-jawab sebab dah gugur jadi Qasha takut.

“Jadi biarlah Qasha sendiri yang cakap. Doakan yang baik-baik untuk Qasha dan baby. Amin terima kasih yang mendoakan,” katanya.

Uqasha berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Ahad.

VIDEO;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Menerusi perkongsian tersebut, Uqasha turut berkongsi sekitar majlis pernikahannya sebelum memaparkan dia dalam persalinan berwarna merah memperlihatkan perutnya sudah membesar.

Bagaimanapun aktres itu tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kandungannya termasuk usia kandungannya ketika ini.

uqasha 3

Uqasha dan Kamal berkahwin pada 2021.

Sebelum ini, Uqasha memilih mengunci mulut selepas perkongsian foto oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Kajang Plaza, Datuk Saroni menjadi perhatian ramai.

Dalam perkongsian tersebut, Saroni memberi bayangan pasangan itu bakal bergelar ibu bapa menerusi kapsyen video tersebut.

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal, 37, mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami kegugvran sebanyak dua kali.

Kali pertama dia kegugvran adalah ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*