Influencer Selamat Kahwin Buat Kali Ke-3, Terima Mercedes Sebagai Mas Kahwin

 

Pempengaruh media sosial, Elcah dan pasangan, Hafizuddin atau lebih dikenali sebagai Afi Hamri selamat melangsungkan perkahwinan pada malam Ahad.

Terima Mercedes sebagai mas kahwin

Majlis yang cukup meriah itu turut dihadari oleh rakan selebriti termasuk Kak KM, Raff Yaakob, Scha Ellinea dan ramai lagi.

Tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah mas kahwin yang diterima Elcah atau nama sebenarnya Aien Hasha pada hari perkahwinannya itu memang lain daripada yang lain.

Elcah menerima sebuah kereta Mercedes CLA45s berwarna putih daripada si suami sebagai mas kahwin. Tak dinafikan, bukan sahaja tetamu majlis malah peminat juga teruja dengan kelainan yang dibawa pasangan merpati dua sejoli ini.

VIDEO;

Sekadar info, ini merupakan perkahwinan ketiga Elcah selepas dua kali gagal dalam rumah tangga yang dibina pada tahun 2015 dan 2023 yang lalu. Malah sebelum ini, Elcah pernah menjadi topik hangat di media sosial selepas mendedahkan dia telah diceraikan oleh bekas suaminya selepas lapan hari berkahwin.

Sumber: Elcah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Oh bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*