“Semoga Terbuka Pintu Hati Untuk Melunaskan Hutang Tertunggak RM2250…” – Cik Pia Did4kwa gagal Bayar Hut4ng?

 

Tiada angin tiada ribut, muncul seorang individu yang mendakwa sebagai pempengaruh, Cik Pia, tidak membayar hutang. Melalui hantaran di TikTok, individu tersebut mendakwa bahawa Cik Pia bermula berhutang kira-kira tiga bulan yang lalu, iaitu pada 24 November tahun lepas.

“Semoga terbuka pintu hati untuk melunaskan hutang yang tertunggak RM2250..memulangkan telefon bimbit milik syarikat sebelum ajal menjemput…” – Katanya

Sekaligus, individu tersebut turut mendedahkan perbualan di antara mereka melalui aplikasi WhatsApp dalam tempoh yang sama.

Individu tersebut menyatakan bahawa tindakan Cik Pia yang mendakwa memerli tentangnya setiap kali bersiaran langsung di TikTok telah menyebabkan dia diterpa kritikan oleh warganet.

Cik Pia juga didakwa enggan bekerjasama meskipun telah dihubungi hampir setiap hari dalam usaha menyelesaikan masalah di antara mereka.

“Setiap hari saya mesej untuk berjumpa ‘face to face’. Dia tak mahu beri kerjasama, hari-hari dia ‘live’ menghentam dan perli saya sehingga isu keluarga juga dia dan pengikutnya sentuh. Hampir setiap hari perkara ini berlaku…” – Katanya lagi

Tinjauan yang dilakukan menunjukkan bahawa Cik Pia masih menjalankan pekerjaannya seperti biasa, namun dia tetap meluahkan rasa kecewa terhadap dakwaan yang dilemparkan, walaupun tidak menyebut nama mana-mana individu secara langsung.

“Alhamdulillah semakin org mengata saya semakin Allah berikan hadiah-hadiah yang tak ternilai. Next collaboration dengan jenama besar, terima atas kepercayaan walaupun isu saya tengah hangat diperkatakan tapi orang bijak tak menilai sebelah pihak. Berkat doa anak-anak, mak abah adik beradik. Terima kasih @ggshamsuddin terus ada dengan aku walau kau sekali terpalit dengan fitnah…” – Tambahnya lagi

Namun demikian, secara keseluruhannya, warganet kebanyakannya masih menyokong Cik Pia dan memberikan kata-kata semangat untuknya dalam menghadapi isu tersebut.

Lihat klip video di bawah:

@nurulnurariani2

Harap dapat serahkan hp @ buat pembayaran… sis yeee

♬ Bila Waktu Tlah Berakhir – Opick

Sumber: Tiktok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://sinetronmalaya.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*