Sharifah Amani Umum Hamil, Bakal Timang Anak Pertama

 

Pelakon Sharifah Amani berkongsi bahawa dia dan suami, Ahmed Faris bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Amani dan suami berkongsi momen-momen ketika mereka memberitahu tentang kehamilan tersebut kepada ahli keluarga, rakan artis dan sahabat karib.

Gembira & sebak

Rata-rata mereka kelihatan gembira dan tidak mampu menahan sebak setelah mengetahui berita baik itu.

Pemilik nama sebenar Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya ini juga mengucapkan rasa syukur ke atas rezeki yang dikurniakan.

Syukur Alhamdulillah.

Walau bagaimanapun, aktres berusia 37 tahun itu tidak berkongsi secara terperinci tentang kehamilnya.

Menjengah ke ruangan komen, pelakon filem Sepet itu dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan seindustri dan peminatnya.

Dalam masa yang sama mereka juga mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan sepanjang proses kehamilan.

Untuk info, Amani dan suami mendirikan rumah tangga pada 10 September 2022 di dalam sebuah majlis tertutup.

VIDEO;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Amani (@sharifah_amani)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*