Wanita Persis Nora Danish Kembali Viral Angk4ra Lagu ‘Balik Kampung’ Versi Mandarin

 

Pernah viral gara-gara mempunyai raut wajah yang seiras dengan pelakon, Nora Danish dan menyanyikan lagu Tamil di TikTok, pemilik nama Syiqin Zaidi ini sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila menyanyikan lagu ‘Balik Kampung’ versi Mandarin pula. Wow!

Belajar sebutan melalui Youtube

Menerusi temu bual, Syiqin memberitahu idea untuk menyanyi lagu ‘Balik Kampung’ versi Mandarin adalah spontan.

Video itu dilakukan secara spontan sebab sebelum ini saya pernah menyanyi lagu itu versi Tamil ketika perayaan Deepavali. Jadi, kebetulan ada versi Mandarin dekat Youtube. Jadi saya menyanyi untuk Tahun Baru Cina kali ini.

Dari segi sebutan pula, Syiqin berkata, dia belajar melalui Youtube.

Saya baca lirik yang ditulis dalam Youtube sahaja. Komen rakan-rakan berbangsa Cina semua positif. Ada yang cakap saya menyanyi jadi bunyi lawak juga sebab sebutan pun tak berapa jelas dan tidak betul sangat.

Iyalah, saya kan Melayu dan tak pernah belajar bahasa Mandarin dan tak faham pun.

Isteri kepada penyanyi Mohd Mentor ini turut meluahkan rasa selesa dan bersyukur kerana menerima komen yang positif daripada netizen setelah namanya menjadi viral berikutan video-video yang dilakukan di media sosial.

Saya rasa selesa sahaja. Sebab banyak komen positif daripada negatif. Kalau ada negatif, saya abaikan saja. Bohong kalau tak pernah dapat komen negatif. Selalu sahaja. Tapi saya memang tak layan sebab bagi saya yang tak suka saya pun boleh naikkan saya (sambil berseloroh).

Berbicara lebih lanjut, Syiqin memberitahu dia minat untuk melakukan video-video seperti itu sejak dahulu lagi.

Sebenarnya memang dari dulu suka buat video-video merepek dan cover lagu menyanyi. Tapi dulu tak dikenali lagi. Sekarang dah senang dikenali dekat Tiktok, itu yang jadi terkenal tiba-tiba.

Jadi, bila dah terjebak jadi content creator ni, yang banyak bagi sokongan dekat saya ialah suami. Sebab dia pun memang dalam bidang ni. Cuma, dia dah memang artis.

Disoal mengenai matlamat sebagai content creator, Syiqin memberitahu dia mahu menjadi seorang yang versatil dan menghasilkan lebih banyak content yang berguna dan selesa untuk pengikutnya.

Nak cari idea content tu susah. Kena banyak belajar sebab apa yang kita sampaikan boleh bagi kesan kepada viewer. Kalau kita salah sampaikan maklumat, boleh jadi viewer kita percaya kepada benda yang tidak betul.

Di akhir temu bual, Syiqin berharap semua content yang dilakukan olehnya mendapat sambutan dan reaksi yang positif daripada netizen.

VIDEO;

@syiqinzaidi

DISCLAIMER: SAYA BACA LIRIK & SAYA XPANDAI CAKAP CINA.. BUT I TRY TO SING THIS CHINESE VERSION OF BALIK KAMPUNG.. . . Credit song to : khai nizam yt channel

♬ Balik kampung – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*